Sultan Alauddin Riayat Shah

Raja Hussain (راج حسين) atau Sultan Alauddin Riayat Shah (سلطان علاء الدين رعاية شاه) merupakan sultan Melaka yang ketujuh.[1] Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Mansur Syah pada tahun 1477. Baginda merupakan sultan yang sangat mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Hal ini demikian kerana telah berlaku huru-hara yang mengatakan negeri Melaka berlaku kecurian di kalangan rakyat. Oleh itu, mereka berjaya menemukan pencuri tersebut lalu diusir dan dibunuh oleh titah Baginda dari negeri Melaka. Hasilnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang.

سلطان علاء الدين رعاية شاه
Sultan Alauddin Riayat Shah
سلطان ملاك كتوجوه
Sultan Melaka ketujuh
PemerintahanKesultanan Melayu Melaka: 1477-1488
GelaranMarhum Berdarah Putih
DimakamkanPagoh, Johor
PendahuluMansur Syah
PenggantiMahmud Shah
Kerabat dirajaKerabat Diraja Melaka

Walau bagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Muhammmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Muhammad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-Muslim.

Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda mangkat pada tahun 1488 semasa berumur 30 tahun,[2] lalu digantikan oleh puteranya, Mahmud Shah.

Isteri sunting

  1. Tun Senaja (anakanda Tun Ali dan Tun Kudu) [perlu rujukan]
  2. Tun Telani (anakanda Tun Perak)

Anakanda sunting

  1. Raja Zainal[perlu rujukan]
  2. Raja Munawar[perlu rujukan]
  3. Raja Hitam[perlu rujukan]
  4. Raja Mahmud 1469 - [perlu rujukan]
  5. Raja Fatimah[perlu rujukan]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Mansur Shah
Sultan Melaka
1477-1488
Diikuti oleh:
Mahmud Shah

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.