Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat

Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat (juga dieja Qudarat), (1580? - 1671) adalah sultan Kesultanan Maguindanao. Semasa pemerintahannya, beliau berjaya menangkis percubaan Sepanyol untuk menakluki kerajaannya dan menghalang proses pengkristianan rakyatnya di Mindanao. Beliau adalah sultan yang ke-7 dan juga keturunan Shariff Mohammed Kabungsuwan [1], seorang mubaligh yang mengembangkan ajaran Islam di Mindanao pada abad ke-14. Beliau dilahirkan pada 1580 di tempat yang kini dikenali sebagai Lanao del Sur di Filipina.

Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat
Sultan
PemerintahanKesultanan Maguindanao: 1619-1671
PendahuluBuisan
PenggantiDundang Tidulay
AyahandaDatu Buisan
BondaImbang

Pemerintahan sunting

Selepas menggantikan bapanya pada 1619, beliau berjaya mengalahkan beberapa datu dan menjadikan dirinya tuan bagi kawasan Pulangui. Beliau juga telah menguasai kawasan yang kini dikenali sebagai Cagayan de Oro dan Caraga dan juga menjadikan daerah Misamis dan Bukidnon sebagai kawasan yang memberinya ufti. Beliau berjaya berunding dengan Belanda dan Sepanyol supaya mereka mengiktiraf kedaulatannya ke atas tanah-tanah jajahannya. Pihak Sepanyol cuba mengalahkan Sultan Kudrat dalam beberapa peperangan tetapi gagal. Malah mereka terpaska menebus askar-askar mereka dari Sultan Kudrat. Pada 25 Jun, 1645, Gabernor-Jeneral Filipina, Alonso Fajardo menandatangani perjanjian dengan Sultan Kudrat yang mengizinkan beberapa perkara: membolehkan pendakwah Kristian untuk berkhidmat kepada penganutnya di Mindanao, membina sebuah gereja dan melakukan perdagangan dengan kerajaannya.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting