Sultanah Haminah Hamidun

Sultanah Kedah

Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Hajah Haminah (lahir Haminah binti Hamidun; 15 Julai 1953) ialah suri kedua kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-28, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Baginda merupakan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman semenjak kemangkatan suri pertama paduka suami baginda, Sultanah Bahiyah pada tahun 2003 sehinggalah kemangkatan suaminya pada tahun 2017. Baginda juga adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-14 apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua pada tahun 2011.[1][2]

Che Puan Besar Haminah

Raja Permaisuri Agong XIV
13 Disember 201112 Disember 2016
Pertabalan 11 April 2012
Negeri Kedah
Pendahulu Tuanku Nur Zahirah
Pengganti Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Sultanah Kedah
21 November 200311 September 2017
Pertabalan 9 Januari 2004
Pendahulu Sultanah Bahiyah
Pengganti Sultanah Maliha
Che Puan Besar Kedah
21 Januari 2018 - kini
Pelantikan 21 Januari 2018
Pendahulu Tunku Ampuan Asma (sebagai Tunku Ampuan)

Kehidupan peribadi sunting

Dilahirkan sebagai orang kebanyakan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan, baginda mula dikenali pada 25 Disember 1975 apabila baginda mengahwini Sultan Kedah ketika berusia 22 tahun dan menjadi isteri kedua kepada paduka suaminya. Che Puan Haminah binti Hamidun kemudian dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Kedah. Maklumat tentang baginda pada ketika itu tidak banyak diketahui walaupun baginda sering mengiringi paduka suaminya.[3]

Latar belakang sunting

Tuanku Hajah Haminah berasal dari Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan kemudianya di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai.

Hobi sunting

Tuanku Hajah Haminah merupakan seeorang yang sangat aktif bersukan dan antara hobi baginda ialah bermain golf. Baginda juga merupakan antara kerabat diraja yang paling banyak menerima anugerah dan pengiktirafan antarabangsa dalam lapangan sukan terutamanya sukan Golf.

Pertabalan sebagai Sultanah Kedah sunting

Berikutan kemangkatan Sultanah Bahiyah pada tahun 2003, Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Negeri Kedah Darul Aman yang baharu telah diadakan dengan penuh adat istiadat diraja Kedah di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Star pada 9 Januari 2004.

Adat Istiadat dimulakan dengan paluan nobat dan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah binti Haji Hamidun ke Balairong Seri.

Selepas bacaan doa dan pengisytihraan Sultanah Kedah yang baharu oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain, Sultan Kedah berkenan memakaikan tiara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Haminah sebagai tanda simbolik pertabalan isteri baginda sebagai Sultanah Kedah yang baharu.[4]

           
  Potret sebagai Sultanah Kedah

Raja Permaisuri Agong XIV sunting

 
Tuanku Hajah Haminah bersama Catherine, Duchess Cambridge.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke-14 pada 11 April 2012. Baginda sering mengiringi Sultan Abdul Halim dalam beberapa urusan rasmi di dalam dan luar negara.

Selepas kemangkatan Sultan Kedah sunting

Berikutan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah yang ke-29 iaitu Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mengurniakan gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Negeri Kedah bersama dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah kepada Tuanku Hajah Haminah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-76 di Istana Anak Bukit pada 21 Januari 2018.[5][6]

Minat sunting

Tuanku Hajah Haminah diketahui meminati aktiviti-aktiviti sukan seperti golf, tenis dan badminton. Baginda juga gemar mendengar muzik.[7] Baginda telah menyertai pelbagai kejohanan sukan golf di Kedah dan memulakan kejohanan sukan gold wanita amatur seperti Kedah International Red Tee Invitational di Langkawi.[8]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Che Puan Besar Hajah Haminah
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran sunting

  • 15 Julai 1953 – 25 Disember 1975: Cik Haminah binti Hamidun
  • 25 Disember 1975 – 21 November 2003: Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Kedah
  • 21 November 2003 – 12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
  • 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XIV Tuanku Hajah Haminah
  • 12 Disember 2016 – 11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
  • 11 September 2017 – 21 Januari 2018: Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah, Sultanah Balu
  • 21 Januari 2018 – kini: Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Negeri Kedah

Kurniaan sunting

Baginda telah dikurniakan darjah berikut:[9]

Darjah kebesaran Kedah sunting

Darjah kebesaran Malaysia sunting

Darjah kebesaran luar negara sunting

Kurniaan Ijazah Kehormat sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (10 January 2004) Bernama Online
  2. ^ "Tarikh Keputeraan", Sambutan Jubli Emas KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (dalam bahasa Malay), Government of Malay, dicapai pada 22 September 2011CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Ibu panggil saya permaisuri". Utusan Malaysia. 9 Januari 2004. Dicapai pada 20 April 2018.
  4. ^ Pertabalan Tuanku Sultanah Kedah
  5. ^ MALAY MAIL ONLINE Sultanah of Kedah heads list of recipients of Kedah honours
  6. ^ BERNAMA: Sultanah Kedah Dikurniakan Darjah Kerabat Kedah
  7. ^ "Che Puan Haminah dimasyhur Sultanah Kedah". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). 10 January 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Embun Majid (2011-12-13). "Queen of the rakyat's heart". The Star. Daulat Tuanku, p. 4.
  9. ^ The Royal Ark, Kedah genealogical details, p11
  10. ^ Photo of Sultan Abdul Halim and Sultanah Haminah
  11. ^ Thestar
  12. ^ Photo Diarkibkan 2013-04-02 di Wayback Machine of Abdul Halim and Haminah, King and Queen of Malaysia (2011-)
  13. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 2018-01-21.
  14. ^ "Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah receives highest honour from Japan". Bernama. 2013-02-07. Dicapai pada 2013-02-07.
  15. ^ State Banquet for the Malaysian King in Bangkok
  16. ^ (28 Julai 2016). Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima Ijazah Doktor Kehormat Dalam Kerja Sosial sempena konvokesyen MSU kali ke-19. mStar. Dicapai pada 14 November 2023.
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Nur Zahirah
(Sultanah Terengganu)
Raja Permaisuri Agong
(Permaisuri Malaysia)
Diikuti oleh:
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultanah Bahiyah
Sultanah Kedah Diikuti oleh:
Sultanah Maliha


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan