Sun Wu (Pinyin:Sūn Wǔ), lebih dikenali sebagai Sun Tzu atau Sunzi)[1] (Cina ringkas: 孙子Cina tradisional: 孫子pinyin: Sūnzǐ, ialah seorang jeneral, ahli strategi dan ahli falsafah China zaman purba yang dipercayai telah mengarang buku Seni Peperangan, satu buku yang berpengaruh berkaitan strategi ketenteraan. Sun Tsu meninggalkan jasa bukan sahaja kepada sejarah China, malah budaya dan sejarah Asia, menerusi Seni Peperangan penulisannya dan juga legendanya.

Sun Tzu
Tugu Sun Tzu
Tugu Sun Tzu di Yurihama, Tottori, Jepun
Lahirc. 544 SM (tradisional)
Diedc. 496 SM (tradisional)
PekerjaanJeneral dan Ahli Taktik
TempohZaman Negeri-Negeri Berperang
SubjekStrategi Ketenteraan
Karya terkenalSeni Peperangan
Sun Tzu
Cina Tradisional: 孫武
Cina Ringkas: 孙武
Hanyu Pinyin: Sūn Wǔ

Sun Tzu, yang juga diterjemahkan sebagai "Sun Tze" atau "Sun Wu" dalam beberapa karya penterjamahan, merupakan seorang tokoh sejarah yang dipersoalkan ketulenanna oleh para sejarawan. Pengisahan tradisional meletaknya pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh China (722–481 SM), sebagai seorang jeneral tentera yang berkhidmat untuk Raja Helu dari Wu, yang hidup pada lebih kurang 544–496 SM. Para sarjana moden yang menerima ketulenannya meletakkan tarikh Seni Peperangan diselesaikan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang (476–221 SM), berlandaskan pemerian peperangan dalam teksnya, dan kesamaan prosanya kepada prosa karya-karya sezaman.[2]

Pengisahan tradisional menyatakan bahawa warisnya, Sun Bin, juga menulis treatis tentang taktik, berjudul Seni Peperangan Sun Bin. Penulisan klasik China merujuk kepada kedua-dua Sun Wu dan Sun Bin sebagai "Sun Tzu", dan beberapa ahli sejarah pada mulanya mempercayai yang Sun Wu sebenarnya ialah Sun Bin, sehinggalah penjumpaan treatis Sun Bin pada tahun 1972. Karya Seni Peperangan Sun Tsu menjadi masyhur dan digunakan secara amali pada kurun ke-19 dan ke-20 di kalangan negara Barat; karyanya masih mempengaruhi kebudayaan dan politik Asia dan Barat hingga sekarang.

Legasi sunting

Seni Peperangan Sun Tzu telah mempengaruhi ramai orang terkenal. Sumber tradisi China menyatakan bahawa maharaja pertama China bersatu, Qin Shi Huang, menganggap bahwa buku tersebut menyumbang kepada penyelesaian zaman "Negeri-negeri Berperang". Seni Peperangan diperkenalkan kepada Jepun pada lebeih kurang tahun 760 M dan dengan pantas menjadi popular di kalangan jeneral Jepun. Karya itu juga berperananan penting dalam penyatuan negara Jepun. Penguasaan pengajarannya disanjung tinggi oleh samurai serta digalakkan kuat oleh daimyo dan shogun Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu.[3]

Laksamana Armada Tōgō Heihachirō, yang memimpin angkatan perang Jepun yang berjaya mengalahkan tentera Rusia dalam Perang Rusia-Jepun merupakan peminat Seni Peperangan.[4]

Pemimpin China Komunis, Mao Zedong berkata Seni Peperangan membantunya mengalahkan Chiang Kai-shek dan Kuomintang pada tahun 1949. Karya ini memepengaruhi kuat penulisan Mao berkaitan peperangan gerila, dan ini kemudiannya mempengaruhi pemebrontak komunis seluruh dunia.[3]

Jeneral Vo Nguyen Giap, panglima tentera Vietnam (Utara) yang menewaskan tentera Perancis dan kemudiannya tentera Amerika Syarikat dalam peperangan di Vietnam, merupakan pengkaji dan pengamal idea-idea Sun Tzu. Ho Chi Minh pula menterjemahkan karya tersebut agar dikaji pegawai tentera Vietnam.[5][6]

Tentera Darat dan Marin Amerika Syarikat menyenaraikan Seni Peperangan sebagai bahan bacaan buat anggota-anggotanya[7][8] Dilaporkan juga Jeneral Norman Schwarzkopf dan Jeneral Colin Powell mengamalkan prinsip-prinsip Sun Tzu, perdayaan, kecepatan, dan serangan terhadap kelemahan musuh, sewaktu Perang Teluk pada tahun 1990-an.[3]

Nota sunting

  1. ^ "Zi" (子; "Tzu" in Wade-Giles transliteration) was used as a suffix for the family name of a respectable man in ancient Chinese culture. In this case, "Zi" is not the personal name. It is a rough equivalent to "Sir" and is commonly translated into English as "Master".
  2. ^ Sawyer 2007, halaman 421–422
  3. ^ a b c McNeilly 2001, halaman 6–7
  4. ^ Tung 2001, halaman 805
  5. ^ "Interview with Dr. William Duiker". Sonshi.com. Dicapai pada February 5, 2011.
  6. ^ "Learning from Sun Tzu, Military Review, May–June 2003". Military Review. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29.
  7. ^ Army, U. S. (no date (1985?)), Military History and Professional Development, U. S. Army Command and General Staff College, Fort Leavenworth, Kansas: Combat Studies Institute, 85-CSI-21 85 Check date values in: |year= (bantuan) The Art of War is mentioned for each unit's acquisition on page 18, "Military History Libraries for Duty Personnel"
  8. ^ "Marine Corps Professional Reading Program". Official U.S. Marine Corps Web Site.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting