Sungai Kinabatangan


Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.

Sungai Kinabatangan
سوڠاي كينباتاڠن
Lung Melian
Peta Lokasi Sungai Segama
Country Malaysia
State Sabah
Region Borneo
District Kinabatangan dan Tongod
Length 560 km (300 mi) anggaran
Discharge at Muara
Source
 - location Hutan Simpan Deramakot dan Maliau Basin
Mouth
 - location Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan
 - elevation m (0 ft)
Major tributaries
 - left Sungai
 - right Sungai Lokan

Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari daerah Sandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.

Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .