Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)

Suor Angelica (bahasa Melayu bermaksud, rahib wanita Angelica) ialah opera satu babak penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Giovacchino Forzano. Opera ini merupakan yang ke-2 di dalam opera 3 bahagian Il trittico. Persembahan pertama opera ini dibuat di Metropolitan Opera di New York pada 14 Disember 1918.

Peranan sunting

Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Disember 14, 1918
(Konduktor: Roberto Moranzoni)
Sister Angelica,
rahib wanita
soprano Geraldine Farrar
Seorang puteri (The princess),
mak cik kepada Angelica
kontralto Flora Perini
Seorang "Abbess",
ketua biara
mezzo-soprano Rita Fornia
Seorang "Monitress",
penjaga biara
mezzo-soprano Marie Sundelius
Penjaga biara mezzo-soprano Cecil Arden
Sister Genovieffa,
rahib wanita
soprano Mary Ellis
Sister Osmina,
rahib wanita
soprano Margarete Belleri
Sister Dolcina,
rahib wanita
soprano Marie Mattfeld
Seorang rahib
wanita
mezzo-soprano
Rahib - rahib wanita soprano dan
mezzo-soprano
Penyanyi koir wanita, kanak-kanak dan lelaki

Plot sunting

Tempat: Sebuah biara berhampiran Siena, di Itali.
Masa: Sekitar kurun ke-17

Sinopsis sunting

Pembukaan opera menunjukkan adegan di dalam biara wanita di mana kedengaran suara rahib-rahib wanita menyanyikan lagu-lagu suci. Cerita ini mengisahkan seorang rahib wanita bernama Angelica yang membayar kesilapan lampau beliau dengan menjadi seorang rahib untuk mengabdikan diri kepada Tuhan. Angelica ada seorang anak lelaki yang kini tinggal bersama keluarga beliau. Angelica sudah tidak berjumpa mereka selama 7 tahun.

Pada suatu hari, makcik Angelica, dikenali sebagai "seorang puteri" datang mengziarahi Angelica. Angelica diminta menandatangani surat persetujuan untuk melepaskan segala harta pusaka yang diturunkan kepada beliau supaya diserahkan kepada adik perempuannya yang bakal berkahwin. Makcik Angelica juga memberitahu bahawa anak lelaki beliau telah meninggal kerana demam panas. Angelica mendandatangani perjanjian harta warisan tersebut sambil menangis.

Kerana terlalu berdukacita dengan nasib malang beliau, Angelica meminum racun, tetapi kemudian menyedari bahawa membunun diri adalah satu kesalahan yang besar dalam agama Kristian. Beliau merayu kepada "Virgin Mary" agar mengampunkan beliau dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir. "Virgin Mary" muncul dengan anak lelaki Angelica, yang lari kearahnya dan lantas memeluk ibunya.

Aria-aria terkenal sunting

  • "Senza mamma" - Angelica

Pautan luar sunting