Syed Nasir Syed Ismail

Tun Syed Nasir bin Syed Ismail (7 Mac 1921 – 16 Mac 1982) merupakan seorang tokoh politik UMNO di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat kelima dari 9 Januari 1978 hingga 16 Mac 1982.


Syed Nasir Syed Ismail

SSM, PMN; SPMJ, SSIJ (Johor); SIMP (Pahang); DPMP (Perlis); JMN; PIS, BSI (Johor)
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
9 Januari 1978 – 16 Mac 1982
Didahului olehNik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud
Digantikan olehMohamed Zahir Ismail
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMuhyiddin Yassin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Muar Dalam
Dalam jawatan
1971–1974
Didahului olehAziz Ishak
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dalam jawatan
1957–1969
Didahului olehUngku Abdul Aziz
Digantikan olehAli Haji Ahmad
Butiran peribadi
Lahir7 Mac 1921
Batu Pahat, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Mac 1982(1982-03-16) (umur 61)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganToh Puan Sharifah Aishah Syed Muhammad Al-Habshee
Anak-anak10 (termasuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan Syed Alwi)
HubunganPuan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (menantu)
PekerjaanAhli politik
Pilihan raya umum Malaysia 1974

← 1969
1978 →
  BN
Calon Syed Nasir Ismail
Parti Barisan Nasional (UMNO)
Undian popular Menang tanpa bertanding

Ahli Parlimen Muar Dalam sebelum pilihan raya

Syed Nasir Ismail

Ahli Parlimen Pagoh

Syed Nasir Ismail

Kehidupan awal sunting

Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 16 Mac 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Keluarga beliau mempunyai susur galur keturunan di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan Syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar.

Keluarga sunting

Anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo[1] merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.

Kerjaya sunting

Pengarah DBP sunting

Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,[2] berlaku peristiwa Keranda 152 . Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.

Speaker Dewan Rakyat sunting

Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[3] Semasa menjadi speaker, beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.

Penghargaan sunting

Darjah kebesaran sunting

Senarai darjah kebesaran yang diterima

  •   Perlis
    •   Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) - Dato'

Legasi sunting

Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail.[4] Taj Sekolah Agama Tun Syed Nasir dibina di Tanjung Agas, Tangkak. Biasiswa Tun Syed Nasir[5] diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1992 untuk pelajar yang layak. Politeknik Tun Syed Nasir telah dibina di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai mengenang jasa beliau sebagai Ahli Parlimen Pagoh.[6]

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pautan luar sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Tun Syed Nasir: Mengimbau jasa, menjujung citra; Noriah Mohamed dan Ghazali Basri; Yayasan Warisan Johor; ISBN: 978-983-2440-23-9[7]

Rujukan sunting


Penyandang Terdahulu Ahli Parlimen Pagoh
1974 - 1978
Penyandang Kemudian
Ahli Parlimen Muar Dalam
Aziz Ishak
Tan Sri Muhyiddin Yassin