Takdir adalah sebuah konsep agama yang melibatkan hubungan antara Tuhan dan ciptaanNya. Ciri keagamaan takdir membezakannya dari gagasan lain tentang determinisme dan tekad bebas. Mereka yang percaya pada takdir, seperti John Calvin, percaya bahawa, sebelum Penciptaan, Tuhan menentukan nasib alam semesta seluruh masa dan ruang. Penjelasan takdir seringkali mencari untuk mengatasi apa yang disebut "paradoks tekad bebas": bahawa Tuhan Yang Maha Mengetahui tidak serasi dengan tekad bebas manusia.

Pandangan Islam sunting

Hubungan Antara Takdir, Tekad Bebas, Syariat, Ujian dan Aktiviti Dalam Seluruh Kehidupan Manusia. sunting

Secara ringkas, TAKDIR ialah ketentuan Allah SWT yang mencakupi segala-gala yang berlaku diseluruh alam ini. TEKAD BEBAS merujuk kepada bagaimana kita menghadapi/berurusan dengan takdir yang berlaku. SYARIAT ialah peraturan yang perlu diikuti dalam membuat pilihan pada peringkat TEKAD BEBAS. UJIAN berlaku apabila pada TAKDIR yang berlaku, terdapat TEKAD BEBAS. Jika berlakunya suatu takdir seseorang tidak mempunyai pilihan kecuali satu, itu dinamakan DARURAT. Pada peringkat tekad bebas, berbagai aktiviti dalam kehidupan berlangsung.

Sebagai contoh: Lapar.

Lapar merupakan TAKDIR dari Allah swt. Apabila manusia lapar, mereka akan memilih untuk makan. Apakah makanan yang patut dimakan? Disini ada TEKAD BEBAS/KEBEBASAN MEMILIH, maka HUKUM SYARIAT memainkan peranan. Halal, haram dan syubhah ialah pilihan makanan dari hukum syariat. Wajib bagi seorang muslim makan makanan yang halal, manakala syubhah lebih mendekati yang haram. Pada peringkat ini dimana terdapat TEKAD BEBAS, UJIAN berlaku iaitu bagaimanakan seseorang membuat pilihan apabila menghadapi TAKDIR yang berlaku. Jika seorang muslim memilih untuk makan makanan yang halal, dia akan mendapat pahala, memilih makanan yang haram berdosa. Kedua-dua pahala dan dosa adalah ketentuan Allah swt atas apapun pilihan yang telah/akan dibuat. Terdapat ribuan jenis makanan halal yang boleh dipilih. Manakala lapar ialah perencah yang paling baik untuk menyedapkan makanan. Maka dengan lapar, manusia akan dapat MENIKMATI berbagai jenis makanan yang telah disediakan oleh Allah swt. Jika pada suatu ketika tidak terdapat makan yang halal, hanya yang haram, maka keadaan itu dinamakan DARURAT dan seorang muslim harus untuk makan makanan yang haram sekadar untuk meneruskan hidup.

Contohnya seseorang memiih untuk makan ayam goreng. Apabila terdapat permintaan maka akan adalah penawaran, jika ada yang memerlukan adalah yang menjual, seterusnya menternak, menyediakan makanan ternakan dan sebagainya. Berlakulah aktiviti perniagaan. Dengan terdapat ribuan makanan yang telah Allah swt sediakan maka terdapatlah ribuan aktiviti termasuklah perniagaan, pengangkutan, perladangan, penyelidikan, pendidikan, kejuruteraan dan sebagainya, yang melibatkan jutaan manusia. Hanya dengan takdir LAPAR, sebahagian besar penduduk bumi dapat memenuhi keperluan hasil dari aktiviti yang berkaitan dengannya.

Pada setiap pilihan, TAKDIR yang lain boleh berlaku bergantung kpada kehendak Allah SWT. Seseorang mungkin boleh terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalan untuk makan, boleh tercekik semasa makan atau mungkin keracunan selepas makan atau lain-lain. itu semua adalah TAKDIR yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Maka pada ketika itu kita sedang menghadapi UJIAN. UJIAN berlaku apabila kita perlu membuat satu pilihan dari berbagai pilihan apabila suatu TAKDIR berlaku.

Jika disekolah, kelas ialah tempat UJIAN, soalan itu adalah TAKDIR, bagaimanakah cara kita untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang diberikan , itu adalah TEKAD BEBAS, markahnya adalah ketentuan yang telah ditentukan, pahala atau dosa bergantung kepada apakah pilihan kita berdasarkan syariat yang telah ditetapkan. Sebagaimana guru akan memberikan soalan sesuai dengan tahap pelajarnya, begitu jugalah Allah swt.

Kenapakah Ujian Berbeza sunting

Contoh lapar dan sakit perut sebagai ujian; Kebiasaannya, pada waktu pagi semua orang akan mengambil sarapan. Waktu tengahari kebanyakan orang akan berasa lapar. Maka di mana-mana pun kita berkerja, kebiasaannya akan ada waktu rehat pada tengahari dimana kita akan makan bersama-sama. Bagi sebahagian orang, 2 jam selepas makan akan terasa sakit perut untuk buang air besar. Bagaimana jika semua orang sakit perut pada masa yang sama? Bagaimana jika semua orang demam pada masa yang sama?

Allah swt tidak menjadikan semua manusia pandai untuk memenuhi keperluan manusia. Jika ada yang menjadi doktor untuk merawat pesakit, Allah swt jadikan tukang sapu untuk membersihkan hospital, Allah swt jadikan jururawat untuk membantu doktor. Allah swt menjadikan tukang masak untuk memasakkan makanan mereka. dan lain-lain.

Jika satu ketika sebuah negeri banjir, maka negeri-negeri yang lain akan bersama-sama menghulurkan bantuan. Bagaimana jika Allah swt menjadikan semua negeri banjir? Perbezaan cuaca, panas dan sejuk menjadikan udara bergerak dan menggerakkan awan, menghantar hujan ke seluruh pelusuk dunia.

Rujukan sunting