Taman Nasional Komodo

(Dilencongkan dari Taman Negara Komodo)

Taman Nasional Komodo terletak di antara provinsi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat dalam Kepulauan Sunda Kecil. Taman negara ini terdiri daripada tiga pulau besar Pulau Komodo, Pulau Rinca, dan Pulau Padar serta 26 pulau kecil yang lain.[1] Wilayah darat taman negara ini berkeluasan 603 km², dan keluasan penuh wilayahnya adalah 1817 km².

Taman Nasional Komodo
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Biawak Komodo di Taman Nasional Komodo
Maklumat am
Nama asliTaman Nasional Komodo
Inskripsi1991 (sesi ke-15)
Laman sesawang
http://www.komodonationalpark.org Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiKepulauan Sunda Kecil, Kabupaten Manggarai Barat, Indonesia Sunting ini di Wikidata
Koordinat8°39′06″S 119°34′36″E / 8.65162°S 119.57657°E / -8.65162; 119.57657
Taman Nasional Komodo is located in Bumi
Taman Nasional Komodo
Taman Nasional Komodo (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 1980, taman negara ini didirikan untuk melindungi biawak Komodo dan habitatnya.[2] Di sana terdapat 277 spesies haiwan yang merupakan yang sebilangan besarnya berasal dari Asia dan Australia, dari jumlah itu, 32 spesies adalah mamalia, 128 spesies burung, dan 37 spesies reptilia. Bersama dengan biawak komodo, sekurang-kurangnya terdapat 25 spesies haiwan darat dan burung yang tergolong dalam jenis haiwan yang dilindungi kerana spesies haiwan-haiwan tersebut mengalami ancaman kepupusan yang agak membimbangkan.

Selain itu, kawasan laut taman negara ini terdapat juga terumbu karang. Sekurang-kurangnya terdapat 253 spesies karang pembentuk terumbu yang ditemukan di sana, dengan sekitar 1,000 spesies ikan. Keindahan terumbu ini menarik minat pelancong asing untuk berenang atau menyelam di perairan ini.

Pulau-pulau ini asalnya adalah pulau-pulau yang terbentuk akibat penciptaan gunung berapi. Jumlah penduduk di wilayah ini lebih kurang 4,000 orang. Pada tahun 1991, taman negara ini diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[3] Taman ini juga dinominasikan dalam 7 keajaiban dunia alam semulajdi mengikut perkiraan New7wonders.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Komodo National Park". Departemen Kehutanan Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2015.
  2. ^ "Komodo National Park Advisory Body Evaluation (IUCN)". World Heritage Convention. UNESCO. 1991. Dicapai pada 13 Oktober 2022.
  3. ^ "Komodo National Park". World Heritage Convention. UNESCO. Dicapai pada 13 October 2022.

Pautan luar sunting

Templat:Taman negara di Indonesia Templat:Tapak Warisan Dunia di Indonesia