Saujana Impian

(Dilencongkan dari Taman Saujana Impian)

Saujana Impian ialah perbandaran di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Terletak di sekitar 2 kilometer dari bandar Kajang, pentadbiran ini dibangunkan secara berperingkat-peringkat dan justeru itu ia dibahagikan kepada sebilangan superbandaran seperti yang berikut:

  • Impian Jaya: Fasa 1 (rumah teres dua tingkat) dan Fasa 2 (rumah kembar)
  • Impian Gemilang: Fasa 3A (rumah kembar) dan Fasa 3B (rumah teres dua tingkat)
  • Impian Indah: Fasa 4 (rumah teres dua tingkat)
  • Impian Murni: Fasa 5 (rumah teres dua tingkat)
  • Impian Kasih: Fasa 5 (rumah teres dua tingkat)
  • Impian Setia: Fasa 5 (rumah teres dua tingkat)
  • Impian Makmur - Fasa 7 (pangsapuri),(banglo)dan(rumah teres dua tingkat)

Selain daripada Impian Golf & Country Club yang terletak di perbandaran ini, terdapat juga sebilangan sekolah, iaitu:

Pengangkutan sunting

Saujana Impian mempunyai rangkaian jalan raya yang sangat baik kerana dihubungkan melalui Jalan Pintasan Kajang, Lebuhraya Cheras-Kajang E7/FT1, Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) E21 dan Jalan Cheras FT1. Selain itu, lokasinya juga hampir dengan stesen MRT Sungai Jernih bagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.