Tambralinga (Sanskrit: ताम्रलिङ्ग, rumi: tāmraliṅga lakuran ताम्र tamra bermaksud tembaga dan लिङ्ग liṅga mengias kepada betara Siwa[1][2]) merupakan sebuah kerajaan yang terletak di Semenanjung Melayu, dan pernah menjadi orang suruhan dari kerajaan Srivijaya dan Dharmasraya.

Kerajaan ini pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616 semasa pemerintahan dinasti Tang, kemudian semasa dinasti Song disebut sebagai Tan-Mei-Liu.[3] Sedangkan kerajaan ini disebut juga dengan Madamalingam pada Prasasti Tanjore.

Pada akhir abad ke-12, Tambralingga menjadi sebuah kerajaan yang merdeka bebas daripada pengaruh Dharmasraya, dan puncaknya antara abad-13 dan awal abad ke14, kekuasaan Tambralinga telah meliputi sebahagian besar kawasan Semenanjung Melayu, namun pada akhir abad-14, Tambralinga telah menjadi sebahagian dari kerajaan Siam yang kemudian dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.

Chedi Phrae Boromadhatu

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Roland Braddell (1980). A Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and the Straits of Malaccam and Notes on Ancient Times in Malaya. Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. m/s. 398.
  2. ^ Stuart Munro-Hay (2001). Nakhon Sri Thammarat: The Archaeology, History and Legend of a Southern Thai Town. White Lotus Press. m/s. 22.
  3. ^ O. W. Wolters, (1958), Tāmbraliṅga, Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London Vol. 21, No. 1/3, 587-607.