Dr Tan Seng Giaw merupakan ahli politik Malaysia dari parti DAP dan kini menjadi Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan dan Pengerusi DAP Kepong. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kepong sejak 1982. Dr Tan lahir di Kota Bharu , Kelantan pada 26 Mei 1942. Setelah duduk di Parlimen pada 2008, beliau menjadi calon pembangkang pada jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tatkala ditumbangkan Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ahli parlimen BN Sarawak.

Pendidikan sunting

Beliau fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin termasuk Jawi.[1] Beliau belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang. Beliau mendapat Sarjana Muda dan Kedoktoran dari Universiti Leeds, England. Selepas itu menjadi pakar dermatologi dengan kelulusan M.B.ChB. (Leeds), M.D. (Leeds). Beliau merupakan pengasas Persatuan Pelajar Cina Universiti Leeds dan turut dilantik sebagai presidennya pada sesi 1965 hingga 1966.

Keluarga sunting

Isterinya Oon Hong Geok, seorang pakar kanak-kanak. Dua anaknya adalah doktor, masing-masing dalam pediatrik dan geriatrik.

Kerjaya sunting

Beliau pernah bertugas sebagai doktor pakar di Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1970 hingga 1972. Sebagai seorang doktor pakar kulit, beliau membuka klinik bersama-sama dengan isterinya Oon Hong Geok, seorang pakar kanak-kanak.

Politik sunting

Tahun 1976 beliau membantu Tan Sri Dr Tan Chee Khoon untuk berkhidmat di Kepong. Beliau menjadi Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP sejak 2004.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Klang pada tahun 1982 dan DUN Kajang pada tahun 1990.

Parlimen Kepong mempunyai banyak taman kediaman, pusat perniagaan dan kilang kecil dan sederhana. Jalan Kepong sepanjang 4 kilometer, dari Jalan Kuching ke Jejambat Kepong (MRR2), memperolehi dua pasar raya besar dan lebih 20 cawangan bank. [2]

Alamat beliau ialah di 12 Jalan SS3/76, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Telelefon 03-7955 4733 .Laman web beliau ialah di Tan Seng Giaw. Email beliau ialah joonpin@pc.jaring.my

Garis masa sebagai Ahli Parlimen sunting

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Rujukan sunting