Tan Siew Sin

ahli politik Malaysia

Tun Dato' Seri Tan Siew Sin (21 Mei 1916 – 17 Mac 1988) ialah Presiden MCA ketiga selepas Tun Tan Cheng Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu. Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1959 hingga 1974.


Tan Siew Sin

SSM; SPMS, JP (Selangor)
陈修信
Presiden MCA ke-3
Dalam jawatan
November 1961 – 8 April 1974
Didahului olehDato' Dr. Cheah Toon Lok (Pemangku)
Tun Dr. Lim Chong Eu
Digantikan olehTan Sri Lee San Choon
Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
22 Ogos 1959 – 8 April 1974
Butiran peribadi
Lahir(1916-05-21)21 Mei 1916
Jalan Heeren, Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal duniaMac 17, 1988(1988-03-17) (umur 71)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikPersatuan Cina Malaysia (MCA)
PasanganToh Puan Datin Seri Catherine Lim Cheng Neo (林清娘)
Anak-anak3
Ibu bapaTun Tan Cheng Lock
Toh Puan Yeo Yeok Neo
PekerjaanAhli Politik

Kehidupan Awal sunting

Beliau merupakan anak tunggal lelaki kepada negarawan dan Presiden pertama MCA, Tun Tan Cheng Lock, dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles di Singapura. Sebelum itu, beliau belajar di sebuah sekolah perempuan iaitu Suydaim Girls School (sekarang dikenali sebagai Sekolah Tinggi Methodist). Tan Siew Sin adalah seorang pelajar yang cerdik dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di Raffles College, Singapura dan seorang pelajar yang aktif dalam sukan khususnya pasukan hoki.

Pada tahun 1935, beliau jatuh sakit dan menghidap penyakit batuk kering. Beliau kemudiannya sembuh sepenuhnya apabila menjalani satu pembedahan di Switzerland. Tiga tahun kemudian, beliau menyambung pengajian di London dalam bidang undang-undang dan memperoleh Kepujian Kelas Pertama di Middle Temple, salah satu dari empat institut perundangan terkenal di London.

Bagaimanapun Perang Dunia Kedua tercetus menyebabkan beliau terpaksa kembali ke Tanah Melayu. Beliau telah bekerja di ladang bapanya sebagai seorang penyelia. Bapanya mahu beliau mempelajari pengurusan ladang.

Apabila Perang Dunia belaku, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Tentera Jepun telah memusnahkan dan menguasai kepentingan British di Tanah Melayu. Tan Siew Sin dan orang Cina yang pro British merasakan tidak selamat dan telah berpindah ke India. Semasa di India, beliau telah bertugas dengan Kementerian Peperangan Ekonomi (Ministry Of Economic Warfare). Tugas utamanya ialah mengembara ke seluruh India. Kesempatan ini, beliau telah menyaksikan penderitaan rakyat India semasa pemerintahan British. Di samping itu beliau telah menyaksikan perjuangan pemimpin-pemimpin kebangsaan seperti Gandhi dan Nehru.

Apabila perang tamat pada 1945, beliau sekeluarga kembali ke Tanah Melayu dan membantu keluarga menguruskan perniagaan. Rentetan itu, beliau telah mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam politik. Bagaimanapun, hasrat terhalang apabila bapanya beranggapan bahawa Tan Siew Sin masih muda untuk berpolitik. Bapanya juga mahu Tan Siew Sin mengurus dan menumpukan kepada perniagaan keluarganya.

Politik sunting

Pada tahun 1948, beliau telah dilantik sebagai seorang Anggota Badan Perundangan Persekutuan. Pada masa ini, beliau juga aktif dalam Kelab Loteri Melaka dan memegang jawatan sebagai Presiden Kelab tersebut. Pada masa itu juga, aktiviti komunis amat membimbangkan ketenteraman Tanah Melayu. Mereka yang pro-British akan dibunuh oleh komunis.

Tan Siew Sin juga aktif dalam Independence Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jafaar. Dalam pilihanraya 1952, IMP telah mengambil bahagian tetapi berjaya memenagi satu kerusi dari 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya umum telah dimenangi oleh Parti Perikatan diwakili UMNO dan MCA. Oleh itu ia membuktikan bahawa IMP tidak mendapat sokongan ramai.

Tidak lama selepas itu, Tan Siew Sin telah berkenalan dengan pemimpin UMNO seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail. Dua tahun kemudian, beliau telah bekerjasama dengan Parti Perikatan. Beliau menjadi Bendahari Parti Perikatan dari 1958 hingga 1965.

Dalam tahun 1956, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Pada masa itu, Tan Siew Sin mencadangkan kepada pemimpin UMNO agar memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Cadangan tersebut telah diterima selepas beberapa perbincangan dengan pemimpin UMNO.

Tan Siew Sin adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dalam pentadbiran. Oleh itu, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri oleh Tunku Abdul Rahman sebelum merdeka. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan selama 15 tahun bermula tahun 1959. Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memimpin Perwakilan Malaysia bagi mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Beliau juga menjadi Pengerusi bagi Suruhanjaya Kajian Semula Pilihan Raya bagi Seychelles dan orang asing pertama dalam sejarah British menjadi pengerusi suruhanjaya perlembagaan.

Tan Siew Sin mengambilalih jawatan sebagai Presiden ketiga MCA pada November 1961 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan sejak tahun 1959. Atas sebab-sebab kesihatan, beliau kemudian bersara dari semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 8 April 1974. Selepas persaraan beliau, beliau dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan.

Pilihan raya 1959 sunting

Sebagai ahli politik Perikatan/ MCA , beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Melaka Tengah, negeri Melaka (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.


Meninggal Dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada 17 Mac 1988 di Kuala Lumpur kerana serangan jantung. Jasadnya telah disemadikan di Bukit Piatu, Melaka.[1]

Keluarga sunting

Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Catherine Lim Cheng Neo pada 8 Februari 1947. Mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Penghargaan sunting

Sebagai menghargai sumbangan beliau pada negara, sebuah jalan di Kuala Lumpur, Jalan Tun Tan Siew Sin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Silang) telah diabadikan sempena nama beliau pada tahun 2003.Selain itu, Sekolah Bangsa Kebangsaan Cina Tun Tan Siew Sin (SJK(C) Tun Tan Siew Sin) juga menggunakan nama beliau.

Rujukan sunting

  1. ^ "Siew Sin dies of heart attack". New Straits Times. 19 March 1988. m/s. 1.


Penyandang Terdahulu Presiden MCA
November 19618 April 1974
Penyandang Kemudian
Dr. Cheah Toon Lok
(Pemangku Presiden)
Tan Sri Lee San Choon