Tanggam difahamkan sebagai bahagian yang bertakuk-takuk supaya dapat bersambung dengan satu bahagian lain secara rapat dan teguh[1] Sistem tanggam direka bentuk adalah untuk mengukuhkan dan menguatkan keseluruhan bahagian kerangka bangunan yang dibina.[2]

Tanggam
Tanggam pada bangunan

Tanggam mempunyai nilai estetika dan kaedah penyambungan yang kukuh serta sering digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, tanggam juga merupakan seni bina warisan yang telah ditinggalkan kepada generasi kini untuk digunakan dengan sebaiknya.

Gambaran umum sunting

Menurut Azhar (1989), perkataan tanggam dipercayai berasal daripada bahasa Sanskrit. Manakala menurut masyarakat Melayu Kelantan pula, tanggam membawa maksud “pemasangan kerangka bangunan kayu pada peringkat percubaan”.[2]

Kayu merupakan bahan yang sering digunakan dalam pembuatan sistem tanggam kerana mempunyai nilai ketegaran lenturan yang tinggi dan ia juga lebih ringan jika dibandingkan dengan bahan binaan yang lain. Selain itu, kayu merupakan bahan binaan yang mesra alam dan mudah didapati. Oleh itu, kayu menjadi pilihan utama masyarakat Melayu tradisi dalam pembinaan rumah mereka [3].

Jenis sunting

Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis dengan beberapa subjenis lagi iaitu:

  • Tanggam melebar
    • Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat
  • Tanggam siku
    • Tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang
  • Tanggam pemidang
    • Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting
  • Tanggam memanjang
    • Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap

Walaupun tidak perlu, bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, gam, skru, bolt dan nat boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina. Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang pula perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

Rujukan sunting

  1. ^ "tanggam". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ a b Azhar, S., & Shafie, A. (1989). Sistem tanggam tradisi (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi MARA).
  3. ^ Azman, M. N. A., Isa, N. H. M., Sharif, A. M., & Mustapha, R. (2014). Mini Meja Tanggam (MMT). Jurnal Teknologi, 72(1).

Pautan luar sunting