Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil di daerah Kinta yang terletak di timur laut bandar raya Ipoh di negeri Perak, Malaysia. Ia terletak pada koordinat 4° 40' 0" Utara, 101° 10' 0" Timur. Jaraknya pekan ini dari Ipoh adalah 15 kilometer. Antara tempat yang berhampiran ialah Taman Sungai Kinta, Kampung Masjid, Kampung Kola, Taman Sun Brite Jaya , Taman Permai Jaya, Sungai Cho, Kampung Melayu, Kampung Tersusun Batu Lapan, Taman Bahagia, Taman Mujur, Taman Utama, Taman Kinding Raya dan lain-lain. Tanjung Rambutan juga berdekatan dengan Bercham,Tambun, dan Chemor.


Sungai Kinta mengalir melalui bandar Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak.

Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan sunting

Tanjung Rambutan biasanya dikaitkan dengan 'orang gila' kerana pekan ini menampung Hospital Bahagia, salah satu hospital kesihatan mental yang terkenal di Malaysia. Hospital Orang Gila ini dibina pada 1911. Hospital Bahagia ini berhampiran dengan Stesen Kereta api Tanjung Rambutan .Kini ia dinamakan Hospital Bahagia Ulu Kinta. Oleh itu, penduduk-penduduk Tanjung Rambutan lebih senang dengan panggilan Hulu Kinta kerana pekan ini terletak di hulu Sungai Kinta.

Pada tahun 1941, terdapat 5000 pesakit . Kini ia mempunyai 2600 katil.

Tarikan sunting

Kini Tanjung Rambutan semakin menarik perhatian orang ramai kerana barang-barang lelongnya yang murah serta kesempatan untuk mengunjungi Hospital Bahagia yang juga didatangi oleh pelatih-pelatih yang menjalankan latihan praktikal. Selain itu, di Tanjung Rambutan Ulu Kinta ini terdapat pusat kegiatan pendidikan seperti Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan Hulu Kinta, Markas Briged Utara Ulu Kinta (dari 69 Komando PDRM) dan juga Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) juga terletak di sini.

Di sini juga terdapatnya air terjun Tanjung Rambutan sebagai tarikan pelancong dan penduduk setempat selain merupakan penempatan bagi Orang Asli kerana di sini adalah kawasan bukit bukau. Ia menjadi laluan untuk sampai ke Gunung Korbu iaitu gunung yang tertinggi di negeri Perak. Stesen Kereta api Tanjung Rambutan juga terdapat di sini. Kereta api ini menuju ke Butterworth atau Padang Besar di utara. Mereka juga boleh ke Kuala Lumpur dan Johor Bharu di selatan melalui kereta api. Namun, stesen ini tidak beroperasi seperti dahulu di sebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dikenal pasti. Oleh sebab itu, stesen KTM ini dijadikan gerai makan yang pelbagai dan murah bagi mereka yang inginkan makanan yang lazat dan harga yang berpatutan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan terletak di utara bandar Tanjung Rambutan. Di utara juga terdapat beberapa buah kolam yang berasal dari bekas lombong. Tambahan pula, perkhidmatan ATM seperti Bank Simpanan Nasional juga boleh didapati di daerah Hulu Kinta ini. Hal ini disebabkan oleh penuntut yang banyak dari Institut Latihan Kerajaan.

Di sini juga terdapatnya masjid,kuil,tokong dan gurwara yang menandakan penduduknya kini berbilang kaum iaitu, Melayu,Cina,India dan Sikh.Penduduknyan berjumlah 30,000 orang.

Lihat juga sunting