Taqwa (Arab: التقوى, at-taqwá) ialah memelihara hubungan yang baik dengan Allah, memelihara diri jangan sampai terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T., memelihara segala perintahnya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangannya supaya dapat dijauhi.

Peringkat taqwa sunting

Taqwa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

  1. Taqwa Awami: taqwa kebanyakan orang yang masih dipengaruhi oleh runtunan syahwat, masih terpukau oleh godaan dunia dan berhadapan dengan tipu daya syaitan. Namun mereka berjuang menentang unsur-unsur negatif yang tersebut dengan semangat taqwa.
  2. Taqwa Khowasi: taqwa yang lebih tinggi kualitinya daripada Taqwa Awami kerana orang yang bertaqwa pada tahap ini telah dapat melaksanakan diri daripada belenggu nafsu amarah, dorongan untuk melakukan maksiat dapat dihindari dan maksiat-maksiat zahir seperti maksiat mata dan lidah dapat dijauhi.
  3. Taqwa Khowasu Khowasi: tahap taqwa yang tertinggi. Orang yang berada pada taqwa tahap ini telah terlepas daripada lingkaran maksiat zahir dan maksiat batin, bebas pengaruh nafsu amarah dan nafsu lauwwamah. Mereka telah mencapai ke tahap nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang).

Dalil sunting

Rasulullah bersabda, “Allah berfirman, ‘Barangsiapa yang melakukan kebajikan, maka ia mendapatkan pahala sepuluh kebajikan dan Aku tambah dan barangsiapa yang melakukan keburukan, maka balasannya satu keburukan yang sama, atau diampuni dosanya. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta dan barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa; barangsiapa yang datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Barangsiapa yang menemui-Ku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka Aku menemuinya dengan maghfirah yang sama.’” (HR. Muslim dan Ahmad)