Syiling Tari ( طري secara literal "lembut/baharu", atau duit yang baru ditempa)[1], ialah gelaran Kristian buat sejenis syiling emas asalan Islam yang ditempa di Sicily, Malta dan Itali Selatan dari lebih kurang 913 hingga 1859 CE.

Tari Norman Roger II of Sicily, dengan inskripsi bahasa Arab, ditempa di Palermo.Muzium British.
Tari Siciliy pra-Norman dengan nama Khalifah al-Mustansir. Muzium British.
Tari Sicily pra-Norman denagn nama Khalifah al-Hakim, 1005. Muzium British.

Sejarah sunting

Di dalam dunia Islam, syiling jenis ini digelar ruba'i, ataupun suku-dinar, kerana beratnya 1.05g emas.[2] Ruba'i ditempa oleh Muslim di Sicily, berlainan dengan pemerintah Muslim di Afrika Utara yang lebih cenderong kepada dinar (yang lebih besar).[3] Tari menjadi popular kerana lebih kecil, justeru lebih mudah diguna daripada dinar 4.25g yang lebih besar.[4]

Tari tersebar dengan amat meluas sehinggakan pada pertengahan abad ke-10, tiruan yang hanya menggunakan "pseudo-Kufi" yang tidak boleh dibaca, ditempa di selatan Itali (Amalfi dan Salerno).[5][6][7] Apabila Norman menyerang Sicily pada abad ke-12, mereka mengeluarkan tari yang mempunyai petunjuk dalam bahasa Arab dan Latin.[8] Roger II of Sicily mengeluarkan syiling sebegini, sekaligus menjadi satu-satunya pemerintah Barat masa itu yang menempa syiling emas. Nilai mereka ialah 16​13 karat, dengan sedikit adjunksi (tambahan) dengan perak dan tembaga.[9] Tari juga dikeluarkan oleh Hohenstaufen dan Angevins awal.[10]

Secara amnya syiling tari ditempa dengan emas Afrika yang diperoleh dari Misrata atau Tunis di Afrika Utara dengan menukarkannya dengan bijian.[11]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Cardini, p.26
  2. ^ Cardini, p.26
  3. ^ Matthew, p.240
  4. ^ Grierson, p.3
  5. ^ Cardini, p.26
  6. ^ Grierson, p.3
  7. ^ Matthew, p.240
  8. ^ British Museum, Islamic Art room
  9. ^ Matthew, p.240
  10. ^ Blanchard, p.196
  11. ^ Blanchard, p.196

Rujukan sunting