Tarian Poco-poco

Tarian tradisi kaum etnik Ambon yang berasal daripada pulau Ambon di kepulauan Maluku

Tarian Poco-poco merupakan sejenis tarian beramai-ramai yang berbentuk aerobik dan popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia & Indonesia . Bagaimanapun tarian ini menimbulkan pertikaian apabila ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011 kerana mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.[1][2]

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. [3], [4] Berita mengenai pengharaman tersebut turut mendapat litupan berita di Indonesia [5], [6], Qatar [7], dan beberapa negara lain.[8], [9]

Terdapat dua teori berkenaan asal tarian tersebut iaitu samaada dari Filipina atau Indonesia.[10]

Pemujaan roh sunting

Berdasarkan perkataan "poco" dalam sesetengah kamus merujuk kepada sejenis tarian liar yang dilakukan ketika bersawai dirasuk oleh "semangat leluhur". Ini termasuk istilah Gila Poco ("Pocomania") menurut Encyclopædia Encarta [11], dan Encyclopædia Britannica [12]

Unsur kepercayaan agama sunting

Tarian Poco-poco mempunyai unsur salib ekoran, langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. Tarian Poco-poco juga merupakan turutan langkah pergerakan dari kanan ke kiri dan belakang ke hadapan, (menyerupai salib). Pihak BBC Indonesia pula melaporkan bahawa seorang anggota PAN dari Kuala Selangor, Dzulkefli Ahmad sebagai berkata"Mengapa tarian ini perlu dipermasalahkan. Ini perkara budaya dan diminati sejumlah pihak untuk hiburan. Seorang mufti seharusnya menangani perkara besar seperti keadilan, korupsi dan bukan poco-poco, yang bukan perkara besar," [13]

Percampuran jantina sunting

Selain itu terdapat juga percampuran jantina dalam amalan tarian tersebut.

Reaksi Mufti negeri-negeri lain sunting

Berdasarkan hujah-hujah di atas, ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011. Bagaimanapun beberapa negeri lain masih belum membuat belum membuat keputusan dan sedang membuat kajian lanjut.

Kelantan sunting

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad telah menyeru Majlis Fakta Kebangsaan mengkaji tarian tersebut. Beliau menambah bahawa perkara tersebut perlu dibincangkan pada peringkat kebangsaan.

Perlis sunting

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, majlis fatwa negeri tidak mengeluarkan garis panduan yang melarang orang ramai menari poco-poco selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Islam. Mengulas lebih lanjut, Dr Juanda yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata beliau akan meneliti apakah asas-asas yang digunakan oleh Majlis Fatwa Perak sebelum membuat apa-apa keputusan dan menambah bahawa di Perlis hingga kini kita tidak pernah haramkan atau galakkan orang menari tarian poco-poco.

Beliau berkata bahawa akan meneliti apakah asas-asas yang digunakan dalam pengharaman tarian ini. Setakat ini kita isu ini tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Negeri.[14]

Kedah sunting

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad menegaskan bahawa isu tersebut akan dirujuk dan dibincangkan dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah dalam masa terdekat. Isu ini perlu diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Reaksi orang ramai sunting

Pengharaman tersebut telah mendorong beberapa pihak membuat ulasan seperti berikut:-

  • Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.[15]
  • Seorang anggota PAN dari Kuala Selangor, Dzulkefli Ahmad, mengulas bahawa "Seorang mufti seharusnya menangani perkara besar seperti keadilan, korupsi dan bukan poco-poco, yang bukan perkara besar," ketika diwawacara oleh BBC Indonesia.[16], [17]
  • Wakil Shah Alam, Khalid Samad berkata jawatankuasa Fatwa Perak perlu memahami semangat Islam sebelum mengistiharkan sesuatu sebagai ‘haram’. Dalam Islam ia bergantung keadaan niat, (Contohnya, menari Poco-poco dengan gerakan salib tidak mengapa kerana berniat sekadar menari), yang menyebabkan tindakan itu haram. [18]
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, pula berpendapat bahawa tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara, walaupun dengan gerakan salib tidak mengapa kerana berniat sekadar menari. Ketika ditanya samaada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat. [19]

Keputusan Majlis Fatwa sunting

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007. Ini berdasarkan bahawa mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan tidak bertentangan agama Islam dan menyerupai agama lain.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu, yang berdasarkan pembabitan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertentangan dengan ajaran Islam, adalah haram. [20], [21],

Rujukan sunting

  1. ^ "Perak haramkan tarian poco-poco". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 2018-02-02.
  2. ^ Saturday April 2, 2011 - Harussani: Poco-poco has elements of Christianity and spirit worship. - By ROSHIDI ABU SAMAH and ISABELLE LAI.
  3. ^ "Tarian poco-poco: Jangan sampai umat Islam keliru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 2018-02-02.
  4. ^ Poco-poco dance remains taboo for Perak Muslims - 2011/03/30.
  5. ^ Malaysian Clerics Ban ‘Poco-Poco’ Dance for Muslims
  6. ^ Kamis, 31/03/2011 19:15 WIB - Poco-poco diharamkan di Perak, Malaysia - BBCIndonesia.com - detikNews
  7. ^ Malaysian cleric outlaws ‘Christian’ popular dance.
  8. ^ Malaysia clerics ban 'poco-poco' dance for Muslims Associated Press, 04.01.11, 01:30 AM EDT.
  9. ^ "Yahoo News - Malaysia clerics ban 'poco-poco' dance for Muslims". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-05. Dicapai pada 2011-04-05.
  10. ^ 27/05/2009 - Poco-poco cetus fenomena tari. - Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
  11. ^ "Encarta - Pocomania Definition: Caribbean Jamaican religious group with lively worship: a religious group in Jamaica whose worship is characterized by singing, dancing, spirit-possession, speaking in tongues, and healing rituals". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-21. Dicapai pada 2011-04-02.
  12. ^ Encyclopædia Britannica - The central feature of the Pocomania sect, for example, is spirit possession; the Cumina sect has rituals characterized by drumming, dancing, and spirit posses...
  13. ^ PAS kritik larangan poco-poco di Perak,
  14. ^ Perlis, Kedah Kaji Tarian Poco-Poco, - Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN.
  15. ^ Dr Asri: Tarian poco-poco tak wajar diharam - The Malaysian Insider – Thu, Mar 31, 2011 6:47 AM MYT
  16. ^ Look beyond poco-poco, Perak mufti told, APRIL 3, 2011, by Dr. Dzul
  17. ^ Jumat, 01/04/2011 22:31 WIB - PAS kritik larangan poco-poco di Perak. - BBCIndonesia.com - detikNews
  18. ^ Look beyond poco-poco, Perak mufti told, G Vinod | March 31, 2011
  19. ^ Poco-poco hanya tarian: Mashitah - 2011/03/31
  20. ^ Friday April 22, 2011 MYT 7:22:00 PM National Fatwa Council decides against banning poco-poco dance
  21. ^ Tiada percanggahan fatwa isu poco-poco, 2011/04/25