Tasik Bolsena (bahasa Itali: Lago di Bolsena) merupakan tasik kawah di tengah Itali, asal dari gunung berapi, yang terbentuk 370,000 tahun lalu akibat mendakan kawah Vulsini [1] Diarkibkan 2005-02-07 di Wayback Machine. Rekod ahli sejarah Rom Roman menunjukkan aktiviti gunung berapi Vulsini berlaku seawal 104 SM, sebelum ia bertukar pendam. Dua pulau di bahagian selatan tasik telah terbentuk oleh letusan bawah air semenjak mendakan awal kawah gunung berapi.

Tasik Bolsena, pandangan sudut luas
Matahari terbenam di Tasik Bolsena

Tasik ini berbentuk bujur biasa bagi tasik kawah gunung berapi. Luas permukaannya adalah 113.5 km²; ketinggian permukaannya adalah 305 m; ia adalah sedalam 151 m pada titk terdalam dan purata 81 m dalam.

Tasik ini terletak di selatan jajahan Viterbo yang dikenali sebagai Alto Lazio ("Latium Atas") atau Tuscia. Kebanyakkannya dikelilingi jalan konsular Rom Via Cassia. Tasik Bolsena mempunyai kemudahan pelancong, terutamanya untuk pelancung alam sekitar, sebahagian besarnya bagi kawasan perkhemahan, agrotourism dan tempat bermalam dan sarapan pagi.

Orang Rom mengenalinya sebagai Lacus Volsinii, menggunakan nama Etruscan, Velzna, bandar terakhir Etruscan melawan Rom, yang dihapuskan sepenuhnya selepas 264 SM, dan penduduknya dipindahkan, sehinggakan tapak itu masih belum dikenal pasti.







Pautan luar sunting