Televisyen interaktif

Televisyen interaktif terdiri daripada pelbagai teknik yang membolehkan penonton berinteraksi dengan rancangan televisyen sambil menontonnya. Televisyen interaktif menandakan keselanjaran dari keinteraktifan rendah (pasang tutup, kawalan bunyi, tukar saluran), sederhana (video atas permintaan ringkas tanpa kawalan pemain) hingga tinggi (seorang penonton mempengaruhi rancangan). Contoh terbaik televisyen berinteraktifan tinggi adalah undian waktu nyata di kaca TV, di mana undian penonton menentukan hasil yang dipaparkan dalam kesinambungan rancangan. Laluan kembali ke penyedia program tidak semestinya diperlukan untuk mengalami program interaktif; contohnya: selepas satu filem dimuat turun, semua kawalannya di tangan penonton. Cuma pautannya diperlukan untuk memuat turun program, namun teks dan perisian yang boleh dilaksanakan oleh pengguna akhir di kotak atas set atau penerima penyahkod bersepadu boleh dipasang secara automatik sebaik sahaja penonton memasuki saluran yang dipilihnya.