Tengku Putera Tengku Awang

YM Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang (kelahiran 14 Jun 1959) merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri Kewangan.[1]

Yang Mulia Dato'

Tengku Putera Tengku Awang
Anggota Dewan Undangan
untuk N23 Kuala Berang
Dalam jawatan
2013 – 09 Mei 2018
Didahului olehMohd Zawawi bin Ismail (P.J.K)
Digantikan olehMamad Puteh
Anggota Dewan Undangan
untuk N21 Telemong
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehAhmad Sidi Ismail
Digantikan olehRozi Mamat
Butiran peribadi
Lahir14 Jun 1959
Kampung Kepah, Mukim Hulu Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu
Parti politikBN (UMNO)
PasanganTo' Puan Halijah Ali
Anak-anak5 orang
PekerjaanAhli Politik

Kehidupan Awal sunting

Beliau dilahirkan di Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan Alumni SMK Tengku Ampuan Intan dan pernah berguru dengan Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Allahyarham Dato' Razali Ismail semasa di Tingkatan 4 dan 5 Putera merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 dan kemudiannya menceburi kerjaya dalam bidang perbankan.[1]

Politik sunting

Kerjaya politiknya bermula apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada pilihan raya umum 1995[1] dan seterusnya memenangi kerusi itu dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.

Sejarah kepimpinannya mula menyerlah ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun pilihan raya umum 1999. Namun beliau bersama seorang lagi calon BN yang juga dari bahagiannya iaitu Rosol Wahid menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ajil.

Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada tahun 1999 ketika BN tewas di Terengganu dan pada pilihan raya umum 2004 bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu.

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Halijah Ali dan mempunyai lima orang anak;

  1. Tengku Muhammad Haphiz
  2. Tengku Norhafizah
  3. Tengku Norhakimah
  4. Tengku Norhidayah
  5. Tengku Muhammad Hakimi

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "TENGKU PUTERA TENGKU AWANG". Sinar Harian. 7 Julai 2018 – melalui http://pru.sinarharian.com.my. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan Luar sunting