Tentera Darat Arab Saudi

Tentera Darat Arab Saudi (Arab: الجيش العربي السعودي), juga dikenali sebagai Tentera Darat Diraja Saudi (Arab: القوات البرية الملكية السعودية). Ia merupakan satu cabang dari Angkatan Tentera Arab Saudi. Jumlah keanggotaan aktif tetap adalah kira-kira 75,000 orang, dan terdapat kira-kira sejumlah tambahan anggota seramai 100,000 orang yang berkhidmat dengan Pengawal Kebangsaan Arab Saudi.[1] Perbelanjaan tahunan bagi Tentera Darat Arab Saudi adalah sebanyak AS$ 31.255 bilion (2006)

Tentera Darat Arab Saudi
Tentera Darat Diraja Saudi
الجيش العربي السعودي
KesetiaanAngkatan Tentera Arab Saudi
JenisTentera darat
Saiz199,500 (Ditempat ke 23)
Komander
Panglima Tentera DaratFil Marshal Saleh Al-Muhaya.

Panglima Tentera Darat sekarang adalah Fil Marshal Saleh Al-Muhaya.

Kelengkapan utama sunting

 
 
Sederetan APC M-113 dan kenderaan-kenderaan tentera daripada Tentera Darat Diraja Saudi yang lain bergerak melalui laluan yang telah dibersihkan daripada periuk api semasa Operasi Ribut Padang Pasir. , Kuwait - 1 Mac 1991.
 
Brigad ke-20 Tentera Darat Diraja Saudi mempamerkan meriam gerak-sendiri 155mm GCT, manakala di kiri pula adalah kenderaan tempur infantri AMX-10P.
 
Kereta kebal M60A3 Arab Saudi sedang dipindahkan.

Kerajaan Arab Saudi membelanjakan berbilion dolar Amerika Syarikat bagi mempersenjatai pasukan tentera dan kebiasaannya membeli peralatan ketenteraan daripada sekutu-sekutu utama seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Tentera Darat Arab Saudi
Kereta kebal utama
M1A2 Abrams 315[2] akan ditingkat upaya ke M1A2S
M1A1 Abrams 58[2] akan ditingkat upaya ke M1A2S
AMX-30 290
M60A1/A3 Patton 460[3]
Pengangkut infantri dan pengawasan
AMX-10P IFV 570[3]
M2A2 Bradley IFV 400[3]
Al-Fahd APC 100
M113 APC 1750-2000[3] 364 buah dipermodenkan oleh Turki
EE-11 Urutu APC 20
Panhard M3 APC 300
LAV III AFV (Pengawal Kebangsaaan) 1950
Cadillac Gage Commando AFV (Pengawal Kebangsaaan) 1100[3]
Piranha AFV (Pengawal Kebangsaaan) 440[3]
HMMWV (Humvee) 1200+
Panhard AML-60/90 Kereta berperisai 300[3]
Howitzer & Artileri
M109A2 SP 155 mm Howitzer 280
AMX-GCT Howitzer SP 155 mm 90[3]
Howitzer M198 155mm 120
FH-70 155mm 72
Howitzer M102 105mm 140[3]
Roket artileri & peluru berpandu permukaan ke udara
Astros II MLRS 60
Mortar
M224 Mortar
Mortar-meriam Brandt 60mm LR
Mortar M30 107 mm Mortar
Pesawat udara tanpa pemandu
SAGEM Sperwer
Peluru berpandu anti kereta kebal
Baktar-Shikan
Peluru berpandu Brimstone
Swingfire
FGM-148 Javelin
BGM-71 TOW
Pelancar bom automatik
Pelancar bom M203
XM320
  • Nota -: Sistem-sistem anti udara dimiliki oleh Pasukan Pertahanan Udara


Rujukan sunting

  1. ^ IISS Military Balance 2008, p.260-262
  2. ^ a b The 2006 Saudi Shopping Spree: $2.9B to Upgrade M1 Abrams Tank Fleet
  3. ^ a b c d e f g h i Military Balance 2005- page 135

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting