Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (disingkatkan TNI-AU, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Air Force") adalah cabang udara bagi Tentara Nasional Indonesia. Markas Angkatan Udara Indonesia terletak di Jakarta, Indonesia. Susunan tempurnya terbahagi kepada tiga Markas Operasi Angkatan Udara (Komando Operasi TNI Angkatan Udara /KOOPSAU) iaitu Markas Operasi Angkatan Udara I (Koops AU I) yang berpangkalan di Bandar Udara Internasional Halim Perdanakusuma, Jakarta, Markas Operasi Angkatan Udara II (Koops AU II) yang berpangkalan di Bandar Udara Internasional Sultan Hasanuddin, Makassar dan Markas Operasi Angkatan Udara III (Koops AU III) berpangkalan di Lapangan Terbang Frans Kaisiepo, Pulau Biak. Kebanyakan pangkalan udaranya terletak di pulau Jawa.[1] Angkatan Udara Indonesia juga mempunyai unit pasukan daratnya sendiri yang dipanggil Kor Pasukan Khas Angkatan Udara (Paskhas). Di samping itu, walaupun bukan sebahagian daripada Angkatan Udara, kebanyakan anggota Markas Pertahanan Udara Nasional Indonesia (Kohanudnas) diambil dari Angkatan Udara dan panglimanya adalah Marsyal Udara dua bintang.

Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara
TNI-AU

Lambang Tentera Udara Indonesia


Bendera Tentera Udara Indonesia

Ditubuhkan pada9 April 1946
Negara Indonesia
JenisTentera udara
PerananMempertahan dan menguasai ruang udara Indonesia dan wilayahnya
Saiz27,850 anggota
246 buah pesawat
MotoSwa Bhuwana Paksa
(Bahasa Sanskrit, lit:"Sayap Ibu Pertiwi")
Peringatan9 April (ditubuhkan)
Komander
Kepala StafKetua Marsyal Udara Fadjar Prasetyo
Wakil Kepala StafMarsyal Udara Fahru Zaini Isnanto
Tanda kebesaran
Roundel
Pesawat terbang
PenyerangSu-30, A-4, Hawk Mk. 209, OV-10
PejuangSu-27, Su-30, F-16, F-5
Peronda737-2X9 Surveiller, CN235MPA
PelatihKT-1, Hawk Mk.53/Mk.109, T-34, TA-4H/J, AS/SA-202, SF.260
PengangkutC-130, CN-235, F-27, F-28, DHC-5, C-212, 737-2Q8

Angkatan Udara Indonesia dipimpin oleh Ketua Staf Angkatan Udara (KASAU) yang menjadi pemimpin tertinggi di Markas Besar Angkatan Udara (MABESAU). Jawatan KASAU yang terkini disandang oleh Ketua Marsyal Udara TNI Yuyu Sutisna.

Angkatan Udara Indonesia mempunyai 37,850 anggota dan dilengkapi dengan 110 pesawat tempur. Inventorinya termasuklah Sukhoi Su-27 dan Sukhoi Su-30 sebagai pesawat pejuang utama (dari Rusia) serta ditambah dengan pejuang F-16 Fighting Falcon (dari AS).[2] Angkatan Udara Indonesia akan membeli 11 buah Sukhoi Su-35[3] dan kira-kira 50 buah pejuang KF-X[4] untuk menggantikan pesawat pejuang ringan lama Northrop F-5 "Tiger" AS dalam inventorinya.[5][6]

Sejarah sunting

Sebelum Kemerdekaan Indonesia (1941-1945) sunting

Selepas tamat Perang Dunia II, Indonesia menjadi negara kedua (selepas Thailand) di Asia Tenggara yang menubuhkan tentera udara. Antara tahun 1945-1949, juruterbang-juruterbang tentera udara Indonesia telah menentang tentera penjajah Belanda dengan menggunakan pesawat peninggalan tentera Jepun di akhir Perang Dunia II, dan pesawat-pesawat Tentera Udara Hindia Timur Belanda (antaranya pesawat pejuang Curtiss P-36 Mohawk, Brewster F2A Buffalo dan Fokker D.XXI; pesawat pengebom Glenn Martin B-10; pesawat amfibia untuk tugas pengawasan Fokker C.X). Kesemua pesawat-pesawat ini telah ditinggalkan oleh Belanda sebelum pendudukan tentera Jepun pada tahun 1941.

Perang Kemerdekaan Indonesian / Belanda (1945-1949) sunting

 
Pesawat Nakajima Ki-43 Oscar (tinggalan tentera Jepun) digunakan oleh Indonesia dalam Perang Kemerdekaan. Perhatikan roundel versi awal.

Selepas Jepun menyerah diri, pemimpin kebangsaan Indonesia Sukarno telah mengisytiharkan Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, 1945. Beberapa hari kemudian, Badan Keamanan Rakyat (BKR) telah ditubuhkan untuk menjaga tugas-tugas keselamatan. Divisyen Udara bagi BKR juga ditubuhkan, dengan menggunakan tinggalan pesawat-pesawat tentera Jepun yang bertaburan, terutamanya di Pulau Jawa, termasuk di Pangkalan Udara Bugis di Malang (ditubuhkan pada 18 September 1945). Kebanyakan pesawat ini adalah pesawat latihan Kawanishi K5Y1 Willow (Curen), yang mana telah digunakan untuk melatih kadet-kadet yang baru diambil. Di awal penubuhan, terdapat hanya seorang rakyat Indonesia yang memiliki lesen juruterbang enjin berbilang yang diperolehi dari Sekolah Penerbangan Belanda (bagaimanapun beliau tidak mendapat peluang untuk menerbangkan pesawat semasa dalam tempoh 3 tahun 5 bulan pendudukan Jepun). Beliau telah dibantu oleh beberapa juruterbang Jepun yang memutuskan untuk menetap di Indonesia. Roundel baru ini dicipta dengan mengecat warna putih di bahagian bawah lambang Hinomaru Jepun, yang menggambarkan warna merah dan putih bendera Indonesia. BKR kemudian disusun kembali bagi menubuhkan pasukan angkatan bersenjata secara rasmi, dan menandakan kelahiran Angkatan Udara Indonesia pada 9 April, 1946. Bagaimanapun, ketegangan meletus apabila Belanda cuba menuntut kembali bekas tanah jajahannya dan telah melancarkan satu serangan pada 21 Julai 1947. Serangan ini telah memusnahkan kebanyakan pesawat yang masih berada di darat. Beberapa pesawat yang terselamat kemudian disembunyikan di pangkalan-pangkalan pedalaman.

 
Pesawat de Havilland Vampire yang digunakan oleh Tentera Udara Indonesia

Pada 29 Julai, 1947 penerbangan operasi serangan pertama dilakukan oleh Tentera Udara Indonesia dengan menggunakan 3 buah pesawat yang terselamat. Pesawat-pesawat tersebut terdiri daripada dua buah pesawat Yokosuka K5Y "Willow"(Curen) dan sebuah Mitsubishi Ki-51 "Sonia" (pesawat keempat, Nakajima Ki-43 "Oscar" (Hayabusha), sepatutnya terlibat dalam serangan ini, but as of when it was launched, the aircraft was not airworthy) telah melakukan serangan udara pada waktu subuh ke atas berek tentera darat Belanda di Semarang, Salatiga dan Ambarawa, dengan menggugurkan bom-bom api. Secara taktikal, serangan-serangan ini tidak memberi kesan ke atas kedudukan Belanda, akan tetapi dari segi psikologi, ia membawa kejayaan besar dan membuktikan bahawa Tentera Udara Indonesia masih wujud. Belanda sebelum itu mendakwa telah menghancurkan Tentera Udara Indonesia dalam serangan sebelumnya dan tidak menyangka sebarang serangan oleh Indonesia dari udara. Pesawat-pesawat Curtiss P-40E Warhawk milik Belanda cuba mencari pesawat-pesawat Indonesia, tetapi agak terlambat kerana pesawat-pesawat tersebut dengan pantasnya telah mendarat di Pangkalan Udara Maguwo, berdekatan Yogyakarta (kini, Bandar Udara Internasional Adisucipto).

Di bawah tekanan Pertubuhan Bangsa Bersatu, Belanda akhirnya bersetuju untuk mengiktiraf kemerdekaan Indonesia. Berikutan keputusan Persidangan Meja Bulat 1949, kedaulatan secara rasmi telah diserahkan kepada Negeri-negeri Bersekutu Indonesia. Angkatan bersenjata Belanda kemudian telah berundur (tetapi masih kekal di Papua Barat sehingga tahun 1963) dan menyerahkan angkatan pesawat kepada Indonesia. Ia termasuk, antara lain pesawat North American P-51 Mustang, North American B-25 Mitchell, Douglas A-26 Invader, Douglas C-47 Dakota dan Consolidated PBY-5A Catalina, yang telah menjadi tulang belakang Tentera Udara Indonesia pada dekad berikutnya. Dalam era ini, Indonesia telah menerima pesawat jet pertamanya; De Havilland DH-115 Vampire. Pada waktu ini juga, roundel kebangsaan telah ditukar kepada bentuk segi lima berwarna merah-putih.

Menentang pemberontak (1950-1961) sunting

Ketidakstabilan politik telah menyebabkan Tentera Udara Indonesia telah terlibat dalam beberapa pertempuran menentang pemberontak di Indonesia, antaranya tentera pembebasan PRRI-PERMESTA, Darul Islam-Tentera Islam Indonesia (DI/TII) dan Republik Maluku Selatan. Beberapa juruterbang Tentera Udara Indonesia telah berjaya menembak jatuh pesawat pemberontak, antaranya Kapt. Ignatius Dewanto dengan menggunakan pesawat P-51 Mustang, telah berjaya menembak jatuh pesawat A-26 Invader milik PRRI-PERMESTA di Ambon. Juruterbangnya, seorang agen CIA Amerika yang bernama Allen Lawrence Pope, telah ditangkap dan dibicarakan di Jakarta. Perbicaraan ini telah mendedahkan campur tangan terus pihak CIA dalam pemberontakan ini. Juruterbang pesawat pejuang yang paling terkenal ketika itu adalah Rusmin Nurjadin. Beliau telah menjawat pangkat sebagai Ketua Staf Udara dari tahun 1966 hingga 1969. Beliau juga mengetuai skuadron MiG-21 dari tahun 1962 hingga 1965 dan telah menubuhkan pasukan akrobatik pada tahun 1962 yang menerbangkan pesawat MiG-17F/PF Fresco di beberapa bandar di Indonesia. Beberapa orang juruterbang tentera udara telah mendapat reputasi sebagai juruterabng “Ace” pada era ini.

Era Kegemilangan di bawah Pengaruh Soviet (1962-1965) sunting

 
Pesawat MiG-21 milik Tentera Udara Indonesia di Muzium Tentera Udara.

Kebangkitan parti komunis di Indonesia iaitu Parti Komunis Indonesia telah membawa hubungan rapat Indonesia dengan Blok Timur. Beberapa pesawat buatan Soviet telah diperolehi pada awal tahun 1960-an. Pada tahun 1961, Indonesia menjadi negara kedua yang menerima dan mengguna pesawat pengebom terbaru Tu-16 Badger. Dianggarkan 25 buah pesawat serangan peluru berpandu Tu-16KS Badgers telah diserahkan dan dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke permukaan AS-1 'Kennel'. Sebuah pesawat ini telah terhempas pada akhir tahun 1962.[7][8] Beberapa jenis pesawat MiG yang diperoleh terdiri daripada MiG-15UTI Fagot, MiG-17F/PF Fresco, MiG-19S Farmer, F-13 Fishbed, Il-28 Beagle, Mi-4 Hound, Mi-6 Hook dan An-12 Cub.Indonesia juga menerima pesawat La-11. Beberapa buah pesawat Tupolev Tu-2 dari China juga diperolehi bagi mengantikan pesawat B-25, akan tetapi pesawat ini tidak pernah mencapai status operasi. Pesawat-pesawat ini telah digunakan bersama-sama pesawat buatan Barat sedia ada seperti B-25 Mitchell, A-26 Invader, C-47 Dakota, dan P-51 Mustang. Pada masa itu, Tentera Udara Indonesia menjadi angkatan tentera udara terkuat di hemisfera selatan.[perlu rujukan]

Era ini juga menandakan konfrotasi terakhir di antara Indonesia dengan Belanda di Papua, yang mana Belanda kemudiannya di bawah tekanan Pertubuhan Bangsa Bersatu, telah meninggalkan Papua pada tahun 1963. Tentera Udara Indonesia pada masa itu memiliki pesawat-pesawat yang lebih moden dan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding Belanda. [perlu rujukan] Beberapa misi pengintipan dilakukan oleh pesawat Lockheed U-2 milik Tentera Udara Amerika Syarikat dari Skuadron Black Cat yang berpangkalan di Taiwan di Maluku dan telah melaporkan kepada tentera Belanda bahawa terdapat kemungkinan besar pihak Belanda akan menghadapi kemusnahan pada kekuatan udaranya di Papua sekiranya Belanda ingin meneruskan peperangan. Walaupun Indonesia memenangi konflik ini dengan cara diplomatik, beberapa buah pesawat P-51 Mustang,MiG-15,MiG-21 dan C-47 telah ditembak jatuh.[perlu rujukan]

Pada ketika ini juga, Tentera Udara Indonesia juga telah terlibat dalam konfrontasi menentang Persekutuan Malaysian (disokong oleh United Kingdom) di sepanjang sempadan Kalimantan, Selat Melaka dan berhampiran sempadan Singapura. Bagaimanapun, Indonesia kehilangan lebih banyak pesawat berbanding konflik di Papua.

Rujukan sunting

  1. ^ "Scramble Magazine: Indonesian Air Arms Overview". Scramble.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2011. Dicapai pada 25 November 2011.
  2. ^ Tempo English Edition magazine, 19–25 October 2011 p17
  3. ^ Gady, Franz-Stefan (31 Julai 2017). "Confirmed: Indonesia to Buy 11 Su-35 Fighter Jets From Russia". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2017. Dicapai pada 13 November 2017.
  4. ^ "Indonesia Invests in KFX Project". Business Korea (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2017. Dicapai pada 13 November 2017.
  5. ^ Jon, Grevatt. "Indonesia reportedly negotiating price of Russian Su-35 fighters". IHS Janes 360. IHS Jane's Defence Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2017. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  6. ^ "Value of Indonesian Su-35 buy pegged at $1.14 billion". 23 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2017. Dicapai pada 18 Februari 2018.
  7. ^ Gordon & Rigmat(2004) p120
  8. ^ Djoko Poerwoko (2001) m/s 97

Pautan luar sunting