Tenuk Malaysia, tenuk Malaya atau tenuk Asia (nama saintifik: Tapirus indicus) ialah spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. ia ditemukan di di Asia Tenggara sepanjang sempadan barat Thailand-Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) hinggalah ke selatan Semenanjung Malaysia dan selatan dan bahagian tengah Sumatera di Indonesia.

Tenuk Malaysia
CITES Appendix I (CITES)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. indicus
Nama binomial
Tapirus indicus
(Desmarest, 1819)[2]
Subspesies
  • T. indicus indicus, Desmarest, 1819
  • T. indicus brevetianus, Kuiper, 1926
Taburan Tenuk Malaysia

Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan yang menyebabkan fragmentasi habitat mendedahkan kepada kemalangan jalan raya dan jerat samar. Sekitar 92 ekor tenuk Malaya menjadi mangsa kemalangan jalan raya dari tahun 2015 hingga 2020.[3]

Ia disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) sejak tahun 2008, populasinya dianggarkan terdiri daripada kurang 2,500 ekor individu dewasa.[1]

Taksonomi sunting

Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur iaitu habitat semula jadi spesies ini.

Penerangan sunting

Haiwan ini mudah dikenali berdasarkan coraknya iaitu putih dan hitam. Warna putih menyaluti dari bahagian bahu hinggalah ke bahagian punggung. Manakala selebihnya berwarna hitam kecuali hujung telinga di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Corak sebegini amat berguna sebagai penyamaran di mana corak tersebut membuatkan ia sukar dikenalpasti sebagai tenuk dan pemangsa mungkin mengecamnya sebagai batu yang besar lebih-lebih lagi jika tenuk ini duduk telentang untuk berehat mahupun tidur.[4]

 
Rangka Tenuk Malaysia

Kitar hidup sunting

Musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun. Tempoh kehamilan Tenuk Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari (lebih kurang 13 bulan), di mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 15 paun (6.8 kg). Kebiasannya tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain.[5]

Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan. Sama seperti spesies tenuk muda yang lain, tenuk ini mempunyai bulu berwarna perang dengan bejalur putih dan berbintik-bintik di mana corak ni membolehkan mereka untuk berssembunyi dengan berkesan ketika berada di kawasan hutan yang kelihatan bertelau-telau cahayanya. Perubahan warna tenuk muda kepada perwarnaan tenuk dewasa berlaku antara 4 hingga 7 bulan selepas lahir. Tempoh bercerai susu pula berlaku ketika berumur 6 hingga 8 bulan.

Tempoh kematangannya kira-kira 2.5 hingga 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar.

Tingkah laku sunting

 
Tenuk Malaysia bersama anaknya

Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak.

Tenuk ini merupakan haiwan vegetarian, makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti sejenak untuk makan serta mengambil perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini.[6] Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan.

Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal. Selain itu, tenuk ini lebih cenderung untuk makan selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam. Kelakuan sebegini tergolong sebagai haiwan krekuspul.

Variasi Brevetianus sunting

Sebilangan kecil Tenuk Malaysia melanistik telah dikenalpasti dengan seluruh badannya berwarna hitam. Pada tahun 1924, tenuk terbabit telah dihantar ke Zoo Rotterdam, Belanda dan diklasifikasikan sebagai subspesies yang dikenali sebagai Tapirus indicus var. brevetianus selepas ditemui oleh Kapten K. Brevet.[7] Pada tahun 2000, dua ekor tenuk melastik telah dikenalpasti ketika sedang membuat kajian tentang harimau di Hutan Simpan Jerangau di Malaysia.[8] Kemunculan variasi ini mungkin disebabkan oleh keabnomalan genetik di mana kejadian ini serupa dengan kemunculan harimau kumbang di dalam kawasan populasi jaguar bintik. Bagaimanapun, maklumat tentang brevetianus masih kurang.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Traeholt, C.; Novarino, W.; bin Saaban, S.; Shwe, N.M.; Lynam, A.; Zainuddin, Z.; Simpson, B. & bin Mohd, S. (2016). "Tapirus indicus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T21472A45173636. Dicapai pada 16 January 2022.
  2. ^ Desmarest, A.G. (1819). "Tapir l'inde, Tapirus indicus". Nouveau dictionnaire d'histoire naturelle, appliquée aux arts, à l'agriculture, à l'économie rurale et domestique, à la médecine. Paris: Deterville. m/s. 458.
  3. ^ "Populasi Tapir Malaya terancam". Sinar Harian. 27 Apr 2021. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  4. ^ "Woodland Park Zoo Animal Fact Sheet: Malayan Tapir (Tapirus indicus)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-24. Dicapai pada 2008-02-26.
  5. ^ Fahey, B. 1999. "Tapirus indicus" (On-line), Animal Diversity Web. Accessed June 16, 2006.
  6. ^ bin Momin Khan, Mohd Khan. "Status and Action Plan of the Malayan Tapir (Tapirus indicus)" Tapirs: Status Survey and Conservation Action Plan published by IUCN Tapir Specialist Group, 1997, page 1
  7. ^ Shuker, Dr. Karl P. N. Mysteries of Planet Earth, pages 11-12
  8. ^ "Recent Observations of Melanistic Tapirs in Peninsular Malaysia" Diarkibkan 2006-06-25 di Wayback Machine.Pada bulan September 2003, pengkaji Kanada iaitu William Sommers telah menyaksikan kelahiran Tapirus indicus var. brevetianus secara liar. Tapir Conservation: The Newsletter of the IUCN/SSC Tapir Specialist Group, June 2002, Volume 11, Number 1, pages 27-28

Pautan luar sunting

Media sunting