Terjemahan berbantukan komputer

Terjemahan berbantukan komputer (bahasa Inggeris: Computer-assisted translation atau CAT) ialah satu bentuk penterjemahan di mana penterjemah menterjemah teks menggunakan perisian komputer yang direka untuk menyokong dan memudahkan proses terjemahan.

Terjemahan berbantukan komputer dan terjemahan mesin sunting

Beberapa penyelesaian terjemahan berbantukan komputer yang maju termasuk terjemahan mesin. Integrasi terjemahan mesin kepada terjemahan berbantukan komputer dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh pelbagai pihak. Walaupun teknologi ini tidak banyak diketahui mahupun terdapat kepada penterjemah individu, kamus pengguna yang dibuat sendiri berdasarkan terminologi yang betul telah banyak memperbaiki ketepatan terjemahan mesin dan hasilnya memperbaiki kecekapan proses penterjemahan.

Perisian terjemahan komputer sunting