Termodinamik kimia

Dalam termodinamik, termodinamik kimia merupakan kajian matematik terhadap saling hubungan antara haba dan kerja dengan tindak balas kimia atau dengan perubahan fizikal keadaan di dalam lingkungan hukum termodinamik. Termodinamik kimia boleh dianggap sebagai penerapan kaedah matematik kepada kajian persoalan kimia.

Willard Gibbs - pengasas termodinamik kimia

Terdapat empat hukum utama dalam bidang termodinamik iaitu Hukum Termodinamik Kesifar, Hukum Termodinamik Pertama, Hukum Termodinamik Kedua, dan Hukum Termodinamik Ketiga.

Struktur termodinamik kimia adalah berasaskan dua hukum termodinamik yang pertama. Bermula dari hukum pertama dan kedua, empat persamaan yang dipanggil "persamaan asas Gibbs" boleh diterbitkan. Dari empat persamaan ini, banyak persamaan berkenaan ciri-ciri termodinamik sebuah sistem termodinamik boleh didapati menggunakan matematik mudah secara relatif. Ini menggariskan rangka matematik termodinamik kimia [1].

Antara kuantiti fizik yang dikaji dalam bidang termodinamik kimia ialah kerja, tenaga haba, tenaga dalaman, entropi, tenaga bebas Gibbs.

Rujukan sunting

  1. ^ Ott, Bevan J. (2000). Chemical Thermodynamics – Principles and Applications. Academic Press. ISBN 0-12-530990-2. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)