The Absent-Minded Professor

The Absent-Minded Professor ialah sebuah filem hitam putih terbitan Walt Disney Productions pada tahun 1961, berdasarkan cerpen A Situation of Gravity oleh Samuel W. Taylor. Watak utamanya mendapat sedikit ilham daripada Hubert Alyea, seorang profesor emeritus kimia di Universiti Princeton yang dikenali dengan timangan "Dr. Boom" kerana melakukan uji kaji yang meletup-letup.

The Absent-Minded Professor
Poster pawagam 1961
PengarahRobert Stevenson
PenulisSamuel W. Taylor
Bill Walsh
Dihasilkan olehBill Walsh
DibintangiFred MacMurray
Nancy Olson
SinematografiEdward Colman
Disunting olehCotton Warburton
Muzik olehGeorge Bruns
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehBuena Vista Distribution
Tarikh tayangan
16 Mac 1961
Masa tayangan
97 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris

Filem ini berjaya mendapat sambutan hangat di pawagam, sehingga menjadi filem Disney pertama yang ada susulan, iaitu Son of Flubber pada tahun 1963.

Filem asli 1961 merupakan salah sebuah filem hitam putih Disney terawal yang diwarnakan (untuk keluaran video 1986). Di samping The Shaggy Dog (1959) dan Son of Flubber (1963), The Absent-Minded Professor ialah antara sebilangan kecil filem hitam putih yang diterbitkan oleh Disney selepas tahun 1941.

Plot sunting

Profesor Brainard ialah seorang profesor pelupa yang mengajar kimia fizik di Kolej Medfield, dan mencipta sejenis bahan yang mendapat tenaga selepas terkena permukaan yang keras. Penemuan ini berikutan coretan atas papan hitam yang mana dia tersalah tulis satu simbol pada persamaan entalpi sebagai tenaga tambah (yang sebetulnya ialah negatif) tekanan darab isipadu. Brainard menamai penemuannya Flubber, iaitu kata lakur flying rubber (getah terbang). Profesor Brainard terlalu teruja dengan penemuannya itu sehingga terlupa perkahwinannya dengan Betsy Carlisle, itu pun bukan buat kali pertama. Antara subplot yang diterapkan dalam kisah ini ialah cubaan seorang lagi profesor untuk memikat Betsy yang hampa, ketidaklayakan Biff Hawk untuk bermain bola keranjang kerana gagal dalam kelas Brainard, rancangan jahat Alonzo Hawk untuk mempergunakan Flubber demi keuntungan, masalah kewangan maktab tersebut dan hutang kepada Mr. Hawk, serta cubaan Brainard untuk menarik minat kerajaan dan tentera kepada kegunaan Flubber.

Demi meraih penyokong, Prof. Brainard melambungkan bebola Flubbernya di depan khalayak penonton, tetapi pertunjukannya meleret-leret sehingga kebanyakan penonton telah pergi sebelum sempat memerhatikan bebola itu melambung lebih tinggi pada kali keduanya berbanding kali pertama. Untuk tunjuk cara yang lebih berhasil, beliau cuba menerbangkan kereta Model T-nya dengan menghujani Flubber dengan zarah-zarah radioaktif. Profesor Brainard menempuh dugaan dan kemalangan lagi apabila Flubber digunakan di bawah kasut pemain bola keranjang demi kebolehan melompat yang luar biasa (dalam sebuah permainan yang genting); Brainard menari dengan cemerlang di sebuah pesta tarian maktab, dan seorang usahawan licik (yang perlu diasak sampai jatuh oleh sepasukan pemain football setelah Brainard mengajaknya untuk mencuba Flubber di bawah kasutnya). Akhirnya, Brainard memperkenalkan penemuannya kepada kerajaan serta menambat semula hati Betsy Carlisle lalu berkahwin dengan bahagia.

Pelakon sunting

Anugerah sunting

Filem ini dicalonkan untuk tiga Anugerah Akademi:[1]

Pusaka sunting

Susulan sunting

Filem ini disusuli oleh filem Son of Flubber yang keluar pada tahun 1963, juga menampilkan featuring MacMurray, Olson, Reid, dan Kirk yang menyandang semula peranan masing-masing. Hewitt turut kembali (selaku District Attorney), begitu juga dengan tiga Wynn bersaudara (Keenan sebagai Alonzo Hawk, Ed Wynn sebagai ejen kaunti, dan Ned sebagai pengurus pelajar pasukan football Rutland).

Buatan semula sunting

The Absent-Minded Professor telah dibuat semula dua kali, iaitu satu kali sebagai telefilem 1988 yang dibintangi oleh Harry Anderson dan Mary Page Keller sebagai watak utama yang ditukar nama menjadi Prof. Henry Crawford dan Ellen Whitley; dan sekali lagi sebagai filem pawagam berjudul Flubber dengan Robin Williams sebagai Prof. Philip Brainard, bersama Marcia Gay Harden sebagai kekasihnya, Dr. Sara Jean Reynolds (Nancy Olson turut membuat penampilan kameo). Kedua-dua bikinan semula ini dibuat dalam bentuk filem warna tetapi tidak mendapat sambutan yang sebaik yang asli.

Rujukan sunting

  1. ^ "NY Times: The Absent-Minded Professor". NY Times. Dicapai pada 2008-12-24.

Pautan luar sunting

Templat:Robert Stevenson