The All-American Rejects

The All-American Rejects adalah sebuah kumpulan muzik rock Amerika Syarikat yang berasal dari Oklahoma, ditubuhkan pada 1999. Band ini terdiri daripada vokalis utama dan pemain gitar bes Tyson Ritter, pemain gitar Nick Wheeler dan Mike Kennerty, dan pemain dram Chris Gaylor.

All-American Rejects
The All-American Rejects di Minneapolis, Minnesota
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
AAR
Berasal dariStillwater, Oklahoma,
Amerika Syarikat
GenreRock alternatif, Power pop
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
DGC/Interscope (2004–kini)
Doghouse (2001–kini)
DreamWorks (2002–04)
Laman sesawang
http://www.allamericanrejects.com/
AhliTyson Ritter
Nick Wheeler
Mike Kennerty
Chris Gaylor
Bekas ahliTim Campbell
Jesse Tabbish

Album studio pertama mereka yang juga menggunakan nama mereka sendiri, The All-American Rejects muncul pada tahun 2002 yang terkenal dengan lagu "Swing, Swing". Penjualan album tersebut hampir mencecah satu juta salinan dan juga diiktiraf sijil RIAA (Recording Industry Association of America).[1]

Album kedua mereka, Move Along, 2005, mencipta satu kejayaan yang begitu cemerlang. Album ini menghasilkan tiga lagu hits mereka, "It Ends Tonight", "Dirty Little Secret" dan "Move Along". Lagu "Dirty Little Secret" dan "It Ends Tonight" mencapai 10 teratas dalam Billbard Hot 100, manakala "Move Along" hanya di tangga 15. "Dirty Little Secret" dan "Move Along" dianugerahkan platinum kerana penjualan digital sebanyak dua juta di Amerika Syarikat. Album Move Along juga dianugerahkan platinum berganda oleh RIAA.[2]

Album ketiga The All-American Rejects iaitu When the World Come Down muncul pada 16 Disember. Single pertamanya ialah "Gives You Hell" menarik perhatian peminat antarabangsa. Lagu ini juga berjaya mendapat no. 4 dalam carta Billboard Hot 100 dan no. 2 dalam carta Billboard Pop 100, begitu juga dalam carta UK Singles lagu ini termasuk dalam senarai 20 teratas dan no. 3 dalam carta Australian ARIA Singles. [2][3][4] Semenjak awal kerjaya mereka, The All-American Rejects telahpun menjual 10 juta salinan lagu di seluruh dunia.[5]

Ahli kumpulan sunting

  • Tyson Ritter — Vokal, bes (1999-sekarang)
  • Nick Wheeler — Gitar, vokal latar (1999-sekarang)
  • Mike Kennerty — Gitar, vokal latar (2002-sekarang)
  • Chris Gaylor — Drum, perkusi (2002-sekarang)

Diskografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Gold & Platinum – The All-American Rejects". Recording Industry Association of America. Dicapai pada 2009-02-17.
  2. ^ a b "Artist Singles Chart History – The All-American Rejects". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2009-02-17.
  3. ^ "Chart Stats – The All-American Rejects". Chart Stats. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-28. Dicapai pada 2009-02-17.
  4. ^ "Discography The All-American Rejects". Australian-charts.com. Dicapai pada 2009-02-17.
  5. ^ "SABIAN Cymbals - Chris Gaylor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-16. Dicapai pada 2009-11-09.

Pautan luar sunting