The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe

The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe merupakan filem 2005 yang diadaptasikan daripada cerita asal Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari (The Lion, the Witch and the Wardrobe), yang merupakan terbitan pertama karya C.S. Lewis tentang siri fantasi kanak-kanak iaitu Riwayat Narnia. Ia merupakan filem pertama yang berdasarkan buku tersebut.

The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe
PengarahAndrew Adamson
PenulisNovel:
  C. S. Lewis
Lakon layar:
  Ann Peacock
  Andrew Adamson
  Christopher Markus
  Stephen McFeely
Dihasilkan olehAndrew Adamson
Perry Moore
DibintangiLiam Neeson
Tilda Swinton
Georgie Henley
Skandar Keynes
William Moseley
Anna Popplewell
James McAvoy
Diedarkan olehWalt Disney Company
Buena Vista Pictures
Tarikh tayangan
8 Disember 2005
BahasaBahasa Inggeris

Filem ini mula ditayangkan pada 8 Disember 2005 di United Kingdom, dan 9 Disember 2005 di Canada, Amerika Syarikat, dan New Zealand. Filem ini telah diklasifikasikan di Amerika Syarikat sebagai PG oleh MPAA atas unsur pertarungan dan detik-detik menakutkan.


Jalan cerita sunting

Lihat juga plot buku dan perbezaannya.

Templat:Spoiler

 
Adik beradik Pevensie

Ia bermula pada 1940 apabila London mengalami serangan udara ketika Perang Dunia Kedua dan adik-beradik Pevensie, Peter, Susan, Edmund dan Lucy dihantar ke luar bandar ke rumah Profesor Kirke. Puan Macready, pembantu rumah Kirke, memberikan peraturan tentang sikap mereka di dalam rumah. Suatu hari, apabila mereka bermain sorok-sorok, Lucy menjumpai sebuah almari dan memasukinya. Di sebalik pakaian wujudnya hutan bersalji di dunia ajaib yang dikenali sebagai Narnia. Dia menghabiskan masa bersama seekor faun bernama Tumnus. Tumnus memberitahunya yang Narnia mengalami musim sejuk sejak 100 tahun tanpa Krismas akibat sumpahan. Walaupun dia kelihatan ramah, dia akhirnya mengaku yang dia merancang untuk menyerahkan Lucy kepada Penyihir Putih, atas perintahnya untuk menangkap mana-mana manusia. Walau bagaimanapun. Tumnus menyukai Lucy dan kesal dengan rancangannnya lalu menunjukkan Lucy jalan pulang.

Apabila Lucy kembali, ia seolah-olah tiada sedetik pun berlalu ketika dia di Narnia (yang mana dia fikirkan adik-beradiknya yang lain risau akan ketiadaannya), Malah mereka merungut yang mereka masih bermain sorok sorok. Lucy memberitahu yang lain tentang apa yang wujud di balik almari tetapi apabila yang lain memeriksa, ia tertutup. Akibatnya, mereka tidak mempercayainya malah mengatakan yang ia hanya khayalannya.

Dalam kejadian kedua, Edmund mengikuti Lucy ke Narnia, dan mengaku kepada Lucy yang dia bersalah kerana tidak mempercayainya. Lucy melawat Tumnus sekali lagi tetapi Edmund berjumpa dengan Penyihir Putih. Dia menawarkan Edmund manisan Turki iaitu makanan kegemaran Edmund yang muncul dengan kuasa sihir. Penyihir itu juga menawarkan kedudukan yang tinggi untuk menjadi bakal raja dengan adik-beradiknya yang lain sebagai orang suruhan. Dia meminta Edmund membawa yang lain. Kemudian, Edmund dan Lucy bertemu dan mendapati dia telah memberitahu penyihir itu tentang Tumnus yang telah berjumpa dengan Lucy. Tetapi dia tidak memberitahu Lucy tentang hal itu. Kembalinya mereka, Edmund mengecewakan Lucy yang dia tidak mengaku akan kewujudan Narnia di hadapan Peter dan Susan.

Dalam kejadian ketiga, keempat-empat mereka bersembunyi dari penjaga rumah itu di dalam almari tersebut kerana telah memecahkan cermin tingkap. Kini, mereka semua telah memasuki Narnia. Peter dan Susan meminta maaf kepada Lucy kerana tidak

 
Lucy menjumpai almari ke Narnia

Kemudian, mereka berjumpa dengan memerang yang boleh bercakap yang memberitahuu mereka tentang seekor singa yang hebat bernama Aslan, yang sedang bergerak untuk mengambil alih kuasa kekejaman Penyihir Putih itu. Keempat-empat mereka perlu membantu Aslan seperti yang tercatat dalam ramalan.

Oleh kerana mereka sedar akan kejahatn Penyihir Putih itu, Edmund mendapati dia sukar untuk membawa mereka berjumpa dengannya. Maka, dia pergi sendiri. Penyihir itu naik darah dan ingin membunuhnya. Walau bagaimanapun, dia terselamat selepas membetiahu kedudukan yang lain. Malangnya, dia dirantai dan dikurung bersebelahan tempat tahanan Tumnus yang kemudiannya dijadikan batu. Manakala Peter, Lucy, Susan and memerang menuju ke Meja Batu. Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan Bapa Krismas yang memberikan Peter pedang dan perisai, Susan dengan anak panah dan semboyan serta Lucy dengan cecair penyembuh dan pisau.

Setelah melalui pelbagai rintangan, Peter akhirnya menjadi ketua tentera Aslan dan Edmund dapat diselamatkan. Edmund telah insaf setelah apa yang berlaku dan setelah Aslan menyedarkannya. Walau bagaimanapun, Penyihir tersebut menuntut Edmund, yang menurut undang-undang, setiap pengkhianat harus diserahkan kepadanya. Aslan menawarkan dirinya sebagai ganti kepada Edmund. Kemudian, pada malamnya, dia dibunuh. Tetapi, terdapat kuasa ajaib yang Penyihir itu tidak ketahui iaitu Meja Batu itu tertulisnya undang-undang iaitu mana-mana mangsa yang rela menggantikan tempat pengkhianat untuk dibunuh tetapi dia tidak melakukan kesalahan atau pengkianatan, maka Meja itu akan retak dan kematian itu akan berbalik. Aslan membawa Lucy dan Susan ke rumah Penyihir untuk membebaskan mangsa Penyihir yang telah dijadikan batu.

Di medan peperangan, tentera Peter mengalami kekalahan. Edmund pula cedera parah. Peter bertarung dengan ahli sihir itu sehingga Aslan datang lalu menyelamatkan keadaan. Akhirnya, peperang dimenangi oleh pihak Peter dan Aslan. Keempat mereka ditabalkan menjadi raja dan ratu.

Bertahun-tahun kemudian, setelah mereka dewasa, mereka memburu Rusa Putih yang mampu menunaikan hajat. Mereka menjumpai jalan pulang ke almari dan kembali ke dunia biasa dan menjadi muda kembali kerana masa di dunia tidak berubah sama sekali.

Profesor menemui mereka dan bertanyakan mereka apa yang mereka lakukan. Peter berkata, "Tuan takkan percayakan kami jika kami memberitahu tuan." Lalu Profesor itu menjawab: "Cubalah."

Selepas kredit, Lucy cuba kembali tetapi Profesor memberitahunya yang ia akan mengambil masa. Apabila mereka beransur pergi, almari tersebut bersinar dan ngauman Aslan muncul…

Para Pelakon sunting

 
Para pelakon Narnia, dari kiri: James McAvoy, Tilda Swinton, Skandar Keynes, Anna Popplewell, Georgie Henley dan William Moseley
Pelakon Utama Watak
Georgie Henley Lucy Pevensie
Skandar Keynes Edmund Pevensie
Anna Popplewell Susan Pevensie
William Moseley Peter Pevensie
Tilda Swinton Jadis, Penyihir Putih
Pelakon Sampingan Watak
Rupert Everett suara si Musang
Liam Neeson suara Aslan
Sophie Winkleman Susan Dewasa
Rachael Henley Lucy Dewasa
Ray Winstone suara Encik Memerang
Dawn French suara Puan Memerang
James McAvoy Encik. Tumnus, Faun
Shane Rangi Sentora dan Jeneral Otmin
Patrick Kake Oreius
Michael Madsen suara Maugrim
Kiran Shah Ginarrbrik

Perubahan pada filem sunting

Berikut adalah pertambahan babak yang tiada dalam buku melainkan disebut perubahan dari segi susunan plot.

  • Terdapat babak pendek yang menunjukkan serangan udara untuk memperkenalkan watak. Babak tersebut juga memperkenalkan watak Edmund degil yang memainkan kesinambungan pada babak yang kemudian.
  • Keadaan sebelum mereka memasuki Narnia berbeza dari buku. Lucy memasuki almari pertama kali ketika bermain sorok-sorok sedangkan dalam buku, mereka bermain sorok-sorok pada kali yang Edmund mengikut Lucy ke Narnia. Pada kali yang ketiga, mereka berempat bersembunyi di dalam almari kerana memecahkan cermin tingkap tetapi dalam buku, mereka mengelakkan diri dari sekumpulan pengunjung yang datang ke rumah itu. *Ketika Lucy mengunjungi Tumnus, diketahui yang bapa Lucy berperang dan begitu juga bapa Tumnus.
  • Ketika di rumah Tumnus, ketika dodoi Narnia dimainkan, nyalaan api menunjukkan tarian dan pelbagai aksi faun bersama sentora. Pada penghujungnya, nyalaan berbentuk seekor singa (Aslan) mengaum memaksa Tumnus menyedari yang dia melakukan kesilapan.
     
    Jadis menunjukkan arah ke rumahnya kepada Edmund
  • Edmund berpihak kepada Penyihir Putih kerana dia tidak mesra dengan adik-beradiknya yang lain. Berbeza dengan buku, Edmund tertarik akibat sihir yang dikenakan ke atas makanan (secara khususnya, manisan Turki yang diberikan Penyir tersebut). Ini terbukti yang di dalam buku, Edmund memakannya dengan gelojoh sehingga habis tetapi tidak dalam filem. Sehinggakan Ginnarbrik (orang kerdil Penyihir Putih) sempat memakan baki yang ada sebelum membuangnya.
  • Perbualan Memerang bersama adik-beradik Pevensie di empangan telah disingkatkan. Ia tidak dinyatakan yang Aslan adalah seekor singa sehingga mereka tiba ke kem tentera Aslan.
  • Berkenaan mesin jahit Puan Memerang, yang mana dia mengaku yang dia tidak suka tentang Penyihir itu memandang remeh, telah dipotong, begitu juga babak ketika Bapa Krismas memberikan hadiah bagi pasangan memerang itu.
  • Badger diperkenalkan dalam filem sebagai kawan baik Encik Memerang dan telah ditukar kepada batu. Encik Memerang juga mempunyai terowong ke rumah Badger (walaupun dia mengatakan yang terowong itu menuju ke rumah maknya).
  • Dalam filem, Tumnus sempat berjumpa dengan Edmund di dalam tahanan sedangkan dalam buku, Edmund menjumpai Tumnus ketika mula-mula tiba di rumah Penyihir itu sudah pun menjadi batu.
  • Adik-beradik Pevensie yang lain mengikut Edmund ke rumah Penyihir itu sebelum mereka melarikan diri berjumpa Aslan. Ini menyebabkan mereka terserampak dengan serigala di sungai yang mencair. Babak di air terjun itu sebenarnya ditambah.
  • Bapa Krismas tidak dinamakan (walaupun ramai penonton Amerika mengenalinya sebagai Santa Claus). Dia tidak memberikan pasangan memerang hadiah malah tidak mengatakan kepada Lucy dan Susan yang perempuan tidak sesuai untuk berperang.
  • Babak ketika sekumpulan penghuni Narnia menikmati hadiah Bapa Krismas telah digantikan dengan pertemuan Penyihir dan Edmund dengan si Musang kemudiannya si Musang telah dijadikan batu kerana kianat walaupun Edmund cuba mengelakkan hal itu.
  • Apabila Peter, Susan, dan Lucy tiba di kem Aslan, terdapat beberapa biji khemah. Dalam buku, hanya Aslan yang mempunyai khemah.
  • Watak sentora, Oreius telah ditambah dalam filem.
 
Jadis bersedia untuk bertempur
  • Mengenai kematian Aslan, adik-beradik perempuan Pevensie telah menghantar pesanan kepada yang lain tentang kehilangan itu.
  • Babak pertempuran telah dipanjangkan dan di tambah unsur-unsur perang yang lebih baik dengan serangan dari udara seperti Griffin dan Phoenix.
  • Tentang pembebasan tahanan Penyihir itu telah disingkatkan untuk menambah masa bagi babak peperangan.
  • Susan menyertai perang dan membunuh orang kerdil Penyihir yang ingin membunuh Edmund. Itulah kali kedua dan terakhir dia menggunakan panah dalam filem itu.
  • Babak peperangan Peter telah dipanjangkan bagi menggantikan babak pembebasan tahanan oleh Aslan bagi menambahkan kesan epik perang.
  • Apaila Edmund tenat, Lucy terus menggunakan jus bunga-api, tidak kemudiannya seperti dalam buku. Malah, ia mengambil masa yang sekejap untuk sembuh berbanding dalam buku sehingga Aslan sempat mencelah.
  • Pertabalan dan upacara kemahkotaan adik-beradik Pevensie telah diselitkan sekali gelaran yang diberi.
  • Kehidupan mereka berempat sebagai golongan diraja hanya ketika babak mereka memburu Rusa Putih sebelum kembali ke dunia biasa. Malah, percakapan mereka tidak berubah seperti dalam buku iaitu mereka bercakap bahasa istana.
  • Lucy kembali ke almari dan menjumpai Profesor lalu Profesor ragu yang Lucy dapat kembali ke Narnia lagi tapi dia masih menjangkakan yang ia tidak mustahil.

Respon sunting

Pada 7 Disember 2005, filem ini mengadakan tayangan perdana di Royal Albert Hall, London dengan kunjungan Putera Charles dan isterinya. Ramai pengkritik filem memberikan respon positif dengan menyatakan "karya agung cerita fantasi betul-betul dihidupkan" (Sean McBride, 2005). Malah, tidak kurang juga yang membandingkannya dengan versi lama (Siri TV BBC 1980-an) dan filem The Lord of the Ring.

Pecah Panggung sunting

Box Office Mojo melaporkan pembukaan Narnia telah mengutip AS$ 23 juta bagi 3616 buah penggung. Setakat ini (Februari 2006), filem telah menduduki tempat ke-24 bagi keseluruhan pencapaian filem. Malah, pencapaian filem ini turut berada di tempat-tempat teratas bagi lain-lain kategori.

Persaingan filem ini amat sengit dengan filem Harry Potter and the Goblet of Fire dan Star Wars III: Revenge of the Sith bagi keuntungan file-filem tahun 2005.

Sumber: Box Office Mojo

Pencalonan Anugerah sunting

  • Anugerah Akademi Oscar: Solekan, Suntingan Bunyi dan Kesan Khas.
  • Anugerah Seni Filem dan TV British (BAFTA): Anugerah Orange Rising Star bagi James McAvoy (Tumnus), Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita bagi Tilda Swinton (Jadis), Lakon layar yang Diadaptasi, Solekan, Kesan Khas, Bunyi, Suntingan, Rekaan Kostum, Rekaan Produksi, Sinematografi dan Skor.
  • Anugerah Annie: Watak Animasi bagi Matt Shumway dari Rhythm and Hues Studios.

Anugerah sunting

  • Anugerah Satelit Akademi Akhbar Antarabangsa: Gambar Bergerak, Animasi dan Media Campuran Terbaik.
  • Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Phoenix Film: Persembahan Terbaik oleh Kanak-kanak sebagai Watak Utama atau Pembantu — bagi Georgie Henley (Lucy Pevensie)
  • Anugerah CAMIE (Watak dan Nilai dalam Hiburan — Character And Morality In Entertainment)

Lokasi Penggambaran sunting

Babak musim sejuk telah diambil di Republik Czech Republic dan Poland. Kem Aslan pula difilemkan di Elephant Rock, Tokarahi, berhampiran Oamaru di New Zealand. Babak pertempuran digilemkan di Castle Hill, New Zealand. Yang lainnya, dirakamkan di Waitakere (Auckland, New Zealand), Los Angeles dan Guatemala.

Muzik sunting

Runut Bunyi sunting

Runut Bunyi bagi filem ini telah digubah oleh Harry Gregson-Williams (penggubah bagi runut bunyi Kingdom of Heaven dan skor bagi filem Shrek). Album tersebut telah dilancarkan pada 13 Disember 2005.

Senarai lagu:

  1. The Blitz 1940
  2. Evacuating London
  3. The Wardrobe
  4. Lucy Meets Mr. Tumnus
  5. A Narnia Lullaby
  6. The White Witch
  7. From Western Woods to Beaversdam
  8. Father Khristmas
  9. To Aslan’s Camp
  10. Knighting Peter
  11. The Stone Table
  12. The Battle
  13. Only the Beginning of the Adventure
  14. Imogen Heap – Can’t Take It In
  15. Alanis Morissette – Wunderkind
  16. Tim Finn – Winter Light
  17. Lisbeth Scott – Where

Pautan Luar sunting