The Oprah Winfrey Show

The Oprah Winfrey Show (selalunya diringkaskan sebagai Oprah atau hanya O) ialah rancangan temu bual bersindiket Amerika Syarikat, dihoskan dan diterbitkan oleh Oprah Winfrey sendiri. Ia muncul pertama kali pada 1984 dan bersiaran selama 25 musim bermula daripada 1986 hingga 2011, dan merupakan rancangan bual bicara paling tinggi ratingnya dalam sejarah televisyen Amerika.[2]

The Oprah Winfrey Show
GenreRancangan temu bual
PenciptaOprah Winfrey
PengacaraOprah Winfrey
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim25
Bilangan episod4,734[1]
Penerbitan
LokasiChicago, Illinois
Pemasangan kamera
Berbilang
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Harpo Productions
Syarikat pengedaran
CBS Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalSindiket
Format gambar480i SDTV
720p HDTV (sekutu ABC dan Fox)
1080i HDTV (sekutu CBS and NBC)
Format audioStereo MTS
Siaran asal8 September 1986 (1986-09-08) – 25 Mei 2011 (2011-05-25)
StatusTamat
Pautan luar
Laman sesawang

Rancangan ini amat berpengaruh, dan banyak topik yang dibincangkannya menembusi kesedaran budaya-pop Amerika Syarikat. Sementara episod awal rancangan ini mengikuti tinjauan gaya Phil Donahue isu sosial sensasi, Oprah kemudian menukar sirinya kepada pengalaman yang lebih positif dan meningkatkan jiwa dengan memaparkan kelab buku, temu ramah selebriti, bahagian pembaikan diri, dan penglibatan kedermawanan dalam peristiwa dunia. Rancangan ini mendapat kebolehpercayaan dengan tidak cuba mendapat keuntungan daripada produk yang disokongnya; ia tidak memiliki persetujuan pelesenan dengan peruncit apabila barangan dipromosikan, dan tidak mendapat sebarang duit daripada mempromosi buku untuk kelab bukunya.[3]

Setakat 2011, ia merupakan antara rancangan temu bual siang hari paling lama di Amerika Syarikat, mula disiarkan di seluruh negara sejak 8 September 1986 untuk 25 musim dan 4,561 episod. Episod terakhir disiarkan pada 25 Mei 2011.[4][5][6]

Pensindiketan antarabangsa sunting

Rancangan ini disiarkan di 149 negara, kadangkala dengan nama lain.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Oprah WInfrey retires: Those in the spotlight can't bear the final curtain". The Daily Telegraph. 20 Mei 2011. Dicapai pada 23 Mei 2011.
  2. ^ America's Top-Earning Black Stars Forbes. Dicapai 1 Mei 2011
  3. ^ David Carr (2009-11-22). "The Media Equation - Oprah Winfrey's Success Owes to Decisions That Avoided Common Traps". NYTimes.com. Dicapai pada 2011-05-26.
  4. ^ "Gathering for a Sweet Farewell to 'Oprah'". The New York Times. 25 Mei 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.
  5. ^ Stelter, Brian; Carter, Bill (2009-11-19). "Oprah Winfrey to End Her Talk Show". The New York Times. Dicapai pada 2009-11-19.
  6. ^ "Oprah Winfrey Show" to End in 2011, MSNBC, 19 November 2009
  7. ^ "Global Distribution List of The Oprah Winfrey Show". Oprah.com. 2011-03-29. Dicapai pada 2011-05-26.

Pautan luar sunting