Berkawad Menuju Medan Pertempuran (Bahasa Vietnam: Tiến Quân Ca) ialah lagu kebangsaan Vietnam. Ia ditulis dan digubah oleh Nguyen Van Cao (1923-1995) pada 1944, dan diterima sebagai lagu kebangsaan bagi Republik Demokratik Vietnam pada 1945. Ia menjadi lagu kebangsaan Republik Sosialis Vietnam pada 1976. Walaupun lagu ini sebanyak 2 rangkap, hanya rangkap pertama yang dinyanyikan kerana rangkap yang kedua tidak sesuai untuk sebuah negara Vietnam yang kini sudah merdeka.

Lirik sunting

Bahasa Melayu

Askar-askar Vietnam, kita maju ke hadapan,
Dengan satu tekad untuk menyelamatkan Tanahair kita,
Langkah cepat kita kedengaran di laluan yang panjang dan sukar.
Bendera kita, merah dengan darah kemenangan, menanggung semangat negara kita.
Desas-desus tembakan peluru bercampur dengan lagu kawat kita
Jalan kegemilangan melangkah badan-badan musuh kita
Mengatasi segala kesukaran, bersama membina tentangan
Untuk rakyat kita terus berjuang,
Mari kita bergegas ke medan perang!
Ke hadapan! Semua mara serentak!
Vietnam kita adalah kukuh, abadi.

Askar-askar Vietnam, kita maju ke hadapan,
Bendera berbintang emas ditiup angin
Memimpin rakyat kita, tanah tumpah darah kita, dari kesengsaraan dan penderitaan.
Mari semua sertai usaha untuk membina satu kehidupan yang baru.
Mari semua bertahan dan memecahkan rantai-rantai pengabdian.
Sudah terlalu lama telah kita menelan kebencian.
Mari semua bersedia untuk semua pengorbanan dan hidup akan menjadi lebih cerah.
Untuk rakyat kita terus berjuang,
Mari kita bergegas ke medan perang!
Ke hadapan! Semua mara serentak!
Vietnam kita adalah kukuh, abadi.

Teks bahasa Vietnam (asal)

Đoàn quân Việt Nam đi
Chung lòng cứu quốc
Bước chân dồn vang trên đường gập ghềnh xa
Cờ in máu chiến thắng vang hồn nước,
Súng ngoài xa chen khúc quân hành ca.
Đường vinh quang xây xác quân thù,
Thắng gian lao cùng nhau lập chiến khu.
Vì nhân dân chiến đấu không ngừng,
Tiến mau ra xa trường,
Tiến lên, cùng tiến lên.
Nước non Việt Nam ta vững bền.

Đoàn quân Việt Nam đi
Sao vàng phấp phới
Dắt giống nòi quê hương qua nơi lầm than
Cùng chung sức phấn đấu xây đời mới,
Đứng đều lên gông xích ta đập tan.
Từ bao lâu ta nuốt căm hờn,
Quyết hy sinh đời ta tươi thắm hơn.
Vì nhân dân chiến đấu không ngừng,
Tiến mau ra xa trường,
Tiến lên, cùng tiến lên.
Nước non Việt Nam ta vững bền.

Rujukan sunting