Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee, OM, KBE, FRS, FREng, FRSA (dilahirkan 8 Jun 1955),[1] juga dikenali sebagai "TimBL", ialah seorang ahli sains komputer British, profesor Massachusetts Institute of Technology dan pencipta World Wide Web (WWW). Beliau membuat cadangan bagi satu sistem pengurusan maklumat dalam bulan Mac 1989,[2] dan pada 25 Disember 1990, dengan pertolongan Robert Cailliau dan seorang siswa muda di CERN, beliau melaksanakan buat pertama kalinya percubaan yang berjaya menghubungkan sebuah klien HTTP ( Hypertext Transfer Protocol ) dan pelayan Web menerusi Internet.

Sir

Tim Berners-Lee

OM, KBE, FRS, FREng, FRSA
Berners-Lee pada tahun 2010
Kelahiran
Timothy John Berners-Lee

(1955-06-08) 8 Jun 1955 (umur 68)[1]
London, England
United Kingdom[1]
WarganegaraBritish
Pusat pendidikanQueen's College, Universiti Oxford
PekerjaanSaintis komputer
Majikan
Terkenal kerana
  • Mencipta World Wide Web
  • Penyandang Kerusi Pengasas Science and Artificial Intelligence Laboratory MIT
PangkatProfesor
Ibu bapaConway Berners-Lee
Mary Lee Woods
Laman web rasmiwww.w3.org/People/Berners-Lee/

Berners-Lee ialah pengarah Konsortium Jaringan Sejagat (W3C), yang merinyu perkembangan Web. Beliau juga pengasas Yayasan Jaringan Sejagat serta penyelidik kanan dan pemegang Kerusi Pengasas di Makmal Sains Komputer dan Kecerdasan Buatan MIT (CSAIL).[3]

Beliau diberi penghormatan sebagai "Pengasas Web Sejagat" pada acara perasmian Sukan Olimpik[4] di mana beliau muncul sendiri, bekerja dengan komputer NeXT di Stadium Olimpik London. Beliau membuat pesanan tweet berbunyi "ini untuk semua orang",[5] yang dipamerkan secara serta-merta dalam lampu LCD pada kerusi 80,000 penonton.[6]

Biografi ringkas sunting

Berners-Lee dilahirkan di barat laut London pada 8 Jun 1955, seorang daripada empat anak Conway Berners-Lee dan Mary Lee Woods. Kedua-dua orang tuanya bekerja untuk menghasilkan komputer komersial pertama, komputer Ferranti Mark 1. Beliau menjadi siswazah di Queen's College, Universiti Oxford dari tahun 1973 sehingga 1976, dari mana beliau menerima ijazah kelas pertama fizik.[1]

Kerjaya sunting

 
Berners-Lee, tahun 2005

Berners-Lee bertugas sebagai kontraktor bebas di CERN dari Jun ke Disember 1980. Semasa beliau di sana, beliau mencadangkan satu projek berlandaskan konsep hiperteks, bagi memudahkan perkongsian maklumat antara para penyelidik.[7] Bagi menunjuk cara penggunaannya, Berners-Lee membina prototaip begelar ENQUIRE.T[8]

Selepas meninggalkan CERN lewat tahun 1980, beliau bekerja di Image Computer Systems Ltd John Poole, di England.[9] Projek tersebut merupakan panggilan prosedur jauh masa sebenar, yang memberinya pengalaman dalam bidang rangkaian komputer.[9] Beliau pulang ke CERN sebagai Fellow dalam tahun 1984.[8]

 
Komputer NeXTcube yang digunakan Berners-Lee untuk membuat pelayan Web pertama dunia di CERN.

Pada tahun 1989, CERN merupakan nod Internet terbesar di Eropah, dan Berners-Lee nampak peluang menyambungkan idea hiperteks dengan Internet:

Saya hanya perlu mengambil idea hiperteks dan menyambungkannya kepada idea-idea Protokol Kawalan Penghantaran (TCP) dan Sistem Nama Domain (DNS) dan — ta-da!— Web Sejagat[10] ... Mencipta web sebenarnya lahir daripada keperluan mendesak, oleh sebab suasana tanpanya amat merumitkan semasa saya bekerja di CERN kemudiannya. Kebanyakan teknologi yang terlibat dengan web, seperti hiperteks, Internet, objek teks fon-pelbagai, kesemuanya sudah direka. Saya hanya perlu menyambungkan mereka. Ia satu langkah membuat sesuatu lebih am, pergi ke tahap mujarad yang lebih tinggi, memikirkan kesemua sistem pengdokumen yang ada di luar sana sebagi mungkin menjadi sebahagain daripada sistem pengdokumen khayalan.[11]

Berners-Lee menulis cadangan ulungnya pada bulan Mac 1989, dan dalam tahun 1990, dengan bantuan Robert Cailliau (beliau berkongsi hadiah Association for Computing Machinery (ACM) dengan Cailliau pada tahun 1995), menghasilkan semakan yang diterima ketuanya, Mike Sendall.[12] Beliau menggunakan idea-idea yang serupa sistem ENQUIRE bagi mereka Jaringan Web Sejagat; beliau terus mencipta pelayar Web pertama bagi tujuan ini. Pelayar ini juga berfungsi sebagai alat penyunting Web, dan dikendalikan atas platform NeXTSTEP dan pelayan Web pertama, CERN HTTPd (singkatan bagi Hypertext Transfer Protocol Daemon).

Tapak web pertama yang dibina ialah di CERN dalam lingkungan wilayah Perancis,[13], dan diletakkan dalam jaringan pada 6 Ogos 1991:

Info.cern.ch merupakan alamat tapak dan pelayan web pertama di dunia, dikendalikan dengan komputer NeXT di CERN. Alamat laman web pertama ialah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html, yang tertumpu kepada penyediaan maklumat tentang projek 'WWW'. Pengunjung dapat meanambah pengetahuan mereka tentang hiteks, perincian teknikal bagi membuat laman web mereka sendiri, malah juga terdapat penjelasan bagaimana menggelintar Web untuk mendapatkan maklumat... Anda boleh mendapatkan salinan terkemudian (1992) di laman World Wide Web Consortium."

— CERN

Ia memberi penjelasan tentang Web Sejagat, dan bagaimana seseorang itu dapat menggunakan pelayan Web dan bagaimana memasang dan menghidupkan pelayan Web.[14][15][16][17]

Pada tahun 1994, Berners-Lee mengasaskan W3C di MIT. Konsortium ini memiliki ahli terdiri daripada pelbagai syarikat yang bersetuju merumus piawai dan saranan bagi meningkatkan mutu Web.

Berners-Lee meyumbangkan idea-ideanya dengan percuma dan bebas, tanpa apa-apa keperluan paten atau royalti. W3C memutuskan bahawa piawainya harus berlandaskan teknologi bebas royalti, agar idea teresebut dengan mudah dapat diubah suai oleh sesiapa sahaja.[18]

Penerbitan sunting

  • Berners-Lee, Tim (1999). Weaving the Web: The Original Design and Ultimate Destiny of the World Wide Web by its inventor. Britain: Orion Business. ISBN 0-7528-2090-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Lihat juga sunting

Menenun Jaringan Sejagat

Rujukan sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ a b c d e "Berners-Lee Longer Biography". World Wide Web Consortium. Dicapai pada 18 January 2011.
  2. ^ "cern.info.ch - Tim Berners-Lee's proposal". Info.cern.ch. Dicapai pada 21 December 2011.
  3. ^ "Draper Prize". Massachusetts Institute of Technology. Dicapai pada 25 May 2008.
  4. ^ Friar, Karen (28 July 2012). "Web inventor Tim Berners-Lee stars in Olympics opening ceremony". ZDNet. Dicapai pada 28 July 2012.
  5. ^ Berners-Lee, Tim (27 July 2012). "This is for everyone". Twitter. Dicapai pada 28 July 2012.
  6. ^ Friar, Karen (28 July 2012). "Sir Tim Berners-Lee stars in Olympics opening ceremony". ZDNet. Dicapai pada 28 July 2012.
  7. ^ "Berners-Lee's original proposal to CERN". World Wide Web Consortium. 1989. Dicapai pada 25 May 2008. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ a b Stewart, Bill. "Tim Berners-Lee, Robert Cailliau, and the World Wide Web". Dicapai pada 22 July 2010.
  9. ^ a b Tim Berners-Lee. "Frequently asked questions". World Wide Web Consortium. Dicapai pada 22 July 2010.
  10. ^ Tim Berners-Lee. "Answers for Young People". World Wide Web Consortium. Dicapai pada 25 May 2008.
  11. ^ "Biography and Video Interview of Timothy Berners-Lee at Academy of Achievement". Achievement.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-01. Dicapai pada 21 December 2011.
  12. ^ "Ten Years Public Domain for the Original Web Software". CERN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 21 July 2010.
  13. ^ "Tim Berners-Lee. Confirming The Exact Location Where the Web Was Invented".
  14. ^ "Welcome to info.cern.ch, the website of the world's first-ever web server". CERN. Dicapai pada 25 May 2008.
  15. ^ "World Wide Web—Archive of world's first website". World Wide Web Consortium. Dicapai pada 25 May 2008.
  16. ^ "World Wide Web—First mentioned on USENET". Google. 6 August 1991. Dicapai pada 25 May 2008.
  17. ^ "The original post to alt.hypertalk describing the WorldWideWeb Project". Google Groups. Google. 9 August 1991. Dicapai pada 25 May 2008.
  18. ^ "Patent Policy—5 February 2004". World Wide Web Consortium. 5 February 2004. Dicapai pada 25 May 2008.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting



Didahului oleh
First recipient
Millennium Technology Prize winner
2004 (for the World Wide Web)
Diikuti oleh:
Shuji Nakamura