Dalam ilmu matematik dan perkomputeran, titik radiks (atau aksara radiks) merupakan aksara yang digunakan dalam pemaparan angka untuk memisahkan bahagian integer (di sebelah kiri titik radiks) daripada bahagian pecahan (di sebelah kanan). "Titik radiks" merupakan istilah umum yang bersesuaian dengan semua asas nombor. Dalam tatanama asas 10, titik radiks lebih umum dikenali sebagai titik perpuluhan, yang mana imbuhan awalan desi- menandakan asas 10. Sebegitu juga, istilah "titik perduaan/binari" digunakan untuk asas 2.

Di Malaysia dan negara-negara yang berbahasa Inggeris, titik radiks berupa tanda noktah (.) yang terletak pada garis dasar ataupun di tengah-tengah celah antara garis dasar dengan hulu angka. Sebaliknya di negara-negara lain, tanda koma (,) pula digunakan

Contoh sunting

  • Dalam asas 10 (perpuluhan): 13.625
Dalam contoh ini, 13 adalah integer di sebelah kiri titik radiks, manakala 625 (iaitu 625/1000) adalah bahagian pecahan di sebelah kanan.
  • Dalam asas 2 (perduaan): 1101.101
Angka perduaan 1101.101 terdiri daripada digit-digit yang berikut:
Kuasa 2 3 2 1 0 −1 −2 −3
Digit perduaan 1 1 0 1 . 1 0 1

Maka nilai perpuluhannya boleh dihitung seperti berikut:

 

Kini adalah nyata bahawa 1101 yang tertera di sebelah kiri titik radiks merupakan bentuk perduaan bagi nombor perpuluhan 13. Di sebelah kanan titik radiks pula adalah 101, iaitu bentuk perduaan bagi pecahan perpuluhan 625/1000 (atau 5/8).

Lihat juga sunting