Tok Merepat merupakan mitos masyarakat kampung Melayu sekitar mukim Bandar, Kampung Gajah, Teluk Intan, Perak, Malaysia. Masyarakat kampung sekitar Kampung Ayer Mati, Kampung Padang, Kuala Parit, Pasir Jenderis, Bandar Tua dan lain-lain mempercayai kewujudan Tok Merepat ini.

Tidaklah dapat dipastikan asal usulnya. Tetapi Tok Merepat dikatakan wujud atau dilihat wujud di dalam hutan antara Kampung Ayer Mati dan Kampung Padang. Di sini juga terdapat sebuah kawasan perkuburan iaitu perkuburan Kampung Ayer Mati.

Tok Merepat dikatakan akan muncul jika anda melalui kawasan ini. Dia akan dilihat bersila dan bertafakur di tepi jalan atau di tengah jalan dalam keadaaan fakir, pakaian koyak-rabak, berpakaian serba hitam dan kelihatan merempat. Namun Tok Merepat tidak mengganggu sesiapa. Cuma dia mengejutkan orang yang melintasi kawasan tersebut.