Torii (Jepun: 鳥居) ialah gerbang tradisional Jepun yang seringkali ditemui di pintu masuk kuil Shinto, namun juga boleh ditemui di makam-makam diraja serta sebahagian kuil Buddha di negara tersebit. Ia dibentuk daripada dua batang palang mendatar sejajar disokong dua tiang yang berjarak antara satu sama lain; ia sering dicat berwarna merah kejinggaan.

Torii di Kuil Itsukushima

Torii menandakan batasan yang mengasingkan kawasan suci penuh keramat (yakni, rangkuman kuil) dan dunia biasa.[1]

Asal-usul sunting

Nama binaan ini dipercayai daripada torana (Sanskrit: तोरण), gerbang hiasan yang wujud di kuil-kuil Hindu Buddha serata selatan Asia.[2] Nama ia ditulis dalam aksara Cina yang bermaksud "hinggapan burung" daripada kepercayaan bahawa binaan-binaan direka untuk dihinggapi burung-burung yang dianggap utusan kepada dewa-dewi.[2] Tidak diketahui sama ada Torii ini sebenarnya berasal dari Jepun ataupun Korea.

Ada juga suatu legenda Jepun berkait rapat yang menceritakan:

Dewi matahari Amaterasu marah dengan adiknya yang suka bergurau mengusik lalu. Maka, dia bersembunyi di dalam sebuah gua dari batu karang yang ditutup pintunya menyebabkan suatu gerhana. Ramai yang ketakutan jika matahari tidak keluar semula, semua akan mati. Seorang tua bijak pandai mencadangkan kesemua ayam jantan dikumpulkan dan dipujuk berkokok. Suatu pagar besar dari kayu dibina para dewa-dewi menempatkan ayam jantan di atasnya di mana ayam-ayam ini mula berkokok.
Kokok-kokok ini menjadi semakin bingit hingga kedengaran dari persembunyian Amaterasu, si dewi matahari itu tertanya-tanya apa yang berlaku dan terus keluar dari gua tersebut. Pintu itu retak sedikit dan seorang ahli sumo menolak batu itu dan Amaterasu (serta matahari) muncul keluar kembali lalu dunia diselamatkan. Oleh itu, banyak hinggapan ini didirikan sebagai pembawa tuah di seluruh Jepun

Bentuk sunting

 
Lakaran binaan dan hiasan torii

Pada umumnya bangunan torii terdiri dari 2 batang tiang vertikal yang menyangga 2 batang palang sejajar di bahagian atas bangunan. Palang bahagian atas terdiri 2 buah palang bersusun yang disebut palang kasagi dan palang shimagi (島木), sementara palang bahagian bawah disebut nuki (貫).

Sesetengah Torii mempunyai papan dengan tulisan di tengah-tengah tiang melintang, papan ini biasanya menyatakan nama kuil (gakuzuka, 額束) ataupun nama dewa-dewi yang dipersembahkan di kuil tersebut. papan nama tersebut dipasang di antara palang shimaki dan palang nuki.

Apabila terdapat jumlah Torii yang banyak, Torii yang paling besar akan dipanggil 'Ichi no Torii' yang bermaksud Torii pertama.

Sebagian besar torii merupakan sumbangan dari pengikut kuil tersebut, sehingga bentuk torii juga bergantung pada selera orang yang menyumbang. Bentuk torii kasuga dapat saja didirikan di Kuil Kashima, dan tidak ada hubungannya dengan Kami yang dipuja. Torii juga dipakai untuk menunjukkan kaitan antara kuil Shinto yang sejenis, misalnya torii bentuk Yasukuni terdapat di Kuil Yasukuni dan berbagai Kuil Gokoku yang terdapat di banyak tempat di Jepang, sementara torii bentuk sannō terdapat di Kuil Hie, Kuil Sannō, dan Kuil Hiyoshi.

Berdasarkan bentuk ini terdapat pelbagai variasi gaya Torii yang terdapat di kuil Shinto. Dilihat dari bentuknya, torii secara garis besar dibahagi menjadi dua bentuk: bentuk shinmei dan bentuk myōjin.

  • Bentuk shinmei (神明鳥居) - bentuk torii yang paling sederhana. Secara keseluruhan, bentuk torii ini lurus-lurus saja. Dua batang palang di bahagian atas terdiri dari palang atas yang disebut kasagi dan palang bawah yang disebut nuki. Palang atas tidak memiliki palang shimagi. Jenis torii bentuk shinmei: shinmei torii, kashima torii, ise torii
  • Bentuk myōjin (明神鳥居) - bentuk torii dengan ornamen dan garis-garis melengkung. Dua batang palang di bahagian atas terdiri dari palang kasagi dan palang shimaki yang bersusun, sementara palang bahagian bawah yang disebut nuki. Kedua tiang penopang didirikan tidak tegak lurus dengan tanah (sedikit miring). Jenis torii bentuk myōjin: myōjin torii, kasuga torii, hachiman torii, inari torii, sannō torii, ryōbu torii, miwa torii, dan mitsuhashira torii.

Sebagian besar torii merupakan sumbangan dari pengikut kuil tersebut, sehingga bentuk torii juga bergantung pada selera orang yang menyumbang. Bentuk torii kasuga dapat saja didirikan di Kuil Kashima, dan tidak ada hubungannya dengan Kami yang dipuja. Torii juga dipakai untuk menunjukkan kaitan antara kuil Shinto yang sejenis, misalnya torii bentuk Yasukuni terdapat di Kuil Yasukuni dan berbagai Kuil Gokoku yang terdapat di banyak tempat di Jepang, sementara torii bentuk sannō terdapat di Kuil Hie, Kuil Sannō, dan Kuil Hiyoshi.

Rujukan sunting

  1. ^ "JAANUS". Torii. Dicapai pada 14 January 2010.
  2. ^ a b Shôzô Yamaguchi, Frederic De Garis and Atsuharu Sakai, 1964, We Japanese: Miyanushita, Hakone, Fujiya Hotel, Page 200.