Koordinat: 51°35′51″N 0°04′18″W / 51.5974°N 0.0716°W / 51.5974; -0.0716

Tottenham (tempatan /ˈtɒʔnəm/) ialah suatu tempat di Daerah Perbandaran Haringey, England. Tempat ini terletak kira-kira 6.6 Batu|batu (10.6 km), utara-barat laut dari Charing Cross.

Tottenham

Dewan Perbandaran Tottenham
Tottenham is located in Bumi
Tottenham
Tottenham (Bumi)

 Tottenham ditunjukkan dalam Greater London
Rujukan grid OS TQ335905
    - Charing Cross 6.6 bt (10.6 km)  S-BL
Daerah Bandaran London Haringey
Ceremonial county Greater London
Kawasan London
Perlembagaan negara England
Negara berdaulat United Kingdom
Bandar pos LONDON
Poskod daerah N15, N17
Kod panggilan 020
Polis Metropolitan
Balai bomba London
Ambulans London
Parlimen Eropah London
Parlimen UK Tottenham
Perhimpunan London Enfield and Haringey
Senarai tempat di
UK
England
London

Sejarah nama sunting

Dipercayai Tottenham mendapat nama daripada seorang petani yang bernama Tota. Perkampungan desanya (bahasa Inggeris: hamlet) disebut dalam Buku Domesday sebagai Toteham[1], maka terbitlah perkataan Tottenham.

Demografi dan jenayah sunting

Populasi yang mendiami kawasan ini terdiri daripada populasi minoriti yang besar. 55.1 peratus populasi berkulit putih, manakala 28.6 peratus berkulit gelap.[2] Dalam satu laporan, South Tottenham dipercayai merupakan tempat yang paling berbagai-bagai budaya di Eropah, sehinggakan 300 bahasa digunakan dalam pertuturan.[3]

Rusuhan sunting

  • Rusuhan Broadwater Farm di sekitar kawasan Broadwater Farm berlaku pada 6 Oktober 1985. Rusuhan ini merupakan tindak balas terhadap kematian seorang Afro-Karibia dalam suatu pemeriksaan polis di rumahnya. Rusuhan ini menyaksikan perbalahan yang sangat tegang antara golongan belia berkulit hitam dan juga Polis Metropolitan yang kebanyakannya berkulit putih. Hal ini disebabkan oleh isu-isu tempatan dan rusuhan ini juga kebetulan berlaku seminggu selepas rusuhan di Brixton. Seorang anggota polis dilaporkan mati dalam rusuhan ini.[4]
  • Rusuhan London 2011 merupakan siri rusuhan yang bermula di Tottenham. Rusuhan ini berpunca daripada perjumpaan seratus orang warga Tottenham yang mengadakan tunjuk perasaan atas kematian Mark Duggan yang ditembak mati oleh pegawai polis dalam Operasi Trident seminggu sebelum itu. Dalam tempoh berlakunya rusuhan, punca kematian Mark Duggan tidak dikenalpasti. Rusuhan menyebabkan banyak bangunan, bas-bas awam, dan kereta peronda polis dibakar serta berlakunya kecurian berleluasa selepas premis dipecah masuk.

Kemudahan pengangkutan sunting

Kawasan Tottenham mempunyai dua jaringan London Underground yang merentasinya iaitu aliran Piccadilly dan aliran Victoria dan juga perkhidmatan kereta api National Rail.

Stesen Turnpike Lane yang menyediakan perkhidmatan aliran Piccadilly dibuka pada tahun 1932.[5] Manakala perkhidmatan aliran Victoria yang dibuka pada tahun 1978 menyediakan stesen Seven Sisters dan Tottenham Hale, serta sebuah depoh kereta api di Northumbria Park.

Manakala perkhidmatan kereta api National Rail disediakan oleh National Express East Anglia yang menyediakan stesen Seven Sisters, Tottenham Hale, Bruce Grove, White Hart Lane dan Northumberland Park. London Overground juga menyediakan perkhidmatannya di stesen South Tottenham.

Sukan sunting

Tottenham merupakan kubu Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris. Stadium tuan rumah terletak di White Hart Lane, di Park Lane.

Rujukan sunting

  1. ^ "DocumentsOnline | Image Details". The National Archives. Dicapai pada 2009-12-10.
  2. ^ "Tottenham". UKPollingReport. Dicapai pada 11 Ogos 2011.
  3. ^ JUMANA FAROUKY (2007-02-15). "Unity Begins at Home - TIME". TIME<!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-21. Dicapai pada 2009-12-10.
  4. ^ Kenneth Newman (1986). "Police-Public Relations: The Pace of Change: Police Foundation Lecture 1986" (PDF). The Police Foundation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-21.
  5. ^ http://www.hidden-london.com/turnpikelane.html

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.