Tragedi Bhopal 1984

Tragedi Bhopal 1984 ialah sebuah bencana yang berlaku pada 2-3 Disember 1984 akibat kebocoran 42 tan metrik gas metil isosianat (MIC) dari kilang racun serangga Union Carbide di bandar Bhopal, Madhya Pradesh, India. Akibatnya sekitar 500,000 orang terdedah kepada pencemaran udara. 2,259 terbunuh serta-merta dan binatang bergelimpangan. Kerajaan Madhya Pradesh mengesahkan sejumlah 3,787 mati berhubungan kebocoran gas itu.[1] Insiden ini dikatakan sebagai bencana industri terburuk dalam sejarah.

Tragedi Bhopal
Tarikh02 Disember 1984 (1984-12-02) – 3 Disember 1984 (1984-12-03)
LokasiBhopal, Madhya Pradesh, India
PenyebabKebocoran metil isosianat di kilang Union Carbide
KematianSekurang-kurangnya 3,787

Hari kejadian sunting

Kebocoran gas terjadi pada waktu malam bermula dari 2-3 Disember 1984. Air telah memasuki tangki 610, yang mengandungi 42 tan metil isosianat. Suhu tangki meningkat kepada 200 °C. Akibatnya, gas bocor dari tangki dan menyelubungi seluruh bandar Bhopal. Penduduk terasa terbakar di paru-paru dan meninggal dunia serta-merta.

Kilang Union Carbide sunting

Kilang Union Carbide dari Amerika Syarikat itu ditubuhkan pada 1969 kini, dimiliki oleh Dow Chemical Company. Ketika itu CEOnya ialah Warren Anderson - terlepas dari didakwa. Kilang ini dimiliki oleh pelabur India (51%) dan UCIL 49%.

Pada 6 Jun 2010, seramai 7 pekerja termasuk pengerusi UCIL dihukum penjara 2 tahun. 8 yang yang lain turut didakwa tetapi mereka telah meninggal dunia. Mereka sedang membuat rayuan kerana telah berumur lebih 70 tahun.

Bantahan sunting

Pada 7 Jun 2010, Audrey Gaughran dari Amnesty International menyatakan hukuman 2 tahun kepada 8 orang tidak memadai berbanding jumlah kematian yang dialami penduduk Bhopal.[2] Warren Anderson CEO Union Carbide dari Amerika Syarikat hendaklah dibawa untuk diadili.

Perbicaraan 25 tahun itu terlalu lama (1984-2010) dan beberapa orang yang bertanggungjawab telahpun meninggal dunia. Seramai 3000 orang mati serta merta dan 15,000 mati kemudiannya secara beransur-ansur. Mereka menjangkakan kematian sebenar ialah 25,000 orang.

Rashida Bee selaku presiden Kesatuan Sekerja Wanita Gas Bhopal mahu individu dan syarikat mestilah bertanggungjawab dan dihukum.

Mereka yang dihukum 2 tahun penjara ialah Keshub Mahindra pengerusi Union Carbide (UCIL); VP Gokhale, pengarah urusan; Kishore Kamdar, timbalan presiden; J Mukund, pengurus pekerja; SP Chowdhury, pengurus pengeluaran; KV Shetty, penyelia; SI Qureshi, pembantu pengeluaran. Semuanya rakyat India.

Kerajaan negeri Madhya Pradesh telah menutup kilang itu pada 1998 tetapi penduduk masih menghidu bau gas beracun. Pada 1989, syarikat UCIL telah membayar pampasan sebanyak $470m (£282m) kepada kerajaan India. Syarikat Dow Chemicals telah membeli UCIL pada 1999. Mereka terdedah kepada kanser, kencing manis dan penyakit kronik yang lain.[3]

Rujukan sunting