Tutankhamun ialah seorang maharaja / firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir purba. Baginda memerintah dari 1333 SM - 1323 SM dalam Dinasti Kelapan Belas yang turut dikenali sebagai Tempoh Kerajaan Amarna.

Topeng mumia Tutankhamun

Tutankhamun terkenal pada abad ke-20 apabila makamnya di Lembah Raja-raja ditemui yang oleh Howard Carter. Anehnya mumia / mayatnya tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun . Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di Lembah Raja-raja pernah disamun perompak setelah beribu-ribu tahun.

Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia hanya 9 tahun. Dalam tempoh 10 tahun memerintah, Tutankhamun banyak membina semula kuil-kuil yang baru bagi menyembah tuhan-tuhan Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. Namun, Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.

Punca kematian sunting

Pada 18 Februari 2010, kajian genetik DNA mendapati Raja Tutankhamun mati akibat penyakit malaria iaitu sejenis penyakit tropika yang dibawa oleh nyamuk tiruk. Laporan itu disiarkan oleh Journal of American Medical Association. Kajian itu dilakukan oleh saintis Jerman dan Mesir. Tubuh Tuthankhamun lemah kerana ia hasil sumbang mahram antara dua adik beradik (kakak dan adik lelaki) . Pemuda ini sangat lemah dan menderita pelbagai penyakit dan mungkin berjalan dengan tongkat kerana kakinya gelap.[1]

Rujukan sunting