Twilight Heroes (dalam Bahasa Inggeris, "Adiwira Twilight/Senja") adalah sebuah permainan video online berganda berperanan dalam Bahasa Inggeris yang direka dan diterbit oleh syarikat Quirkz Media pada Oktober 2007 dan kini dikendali oleh Metroplexity Games. Dalam Twilight Heroes, pemain mengambil alih peranan seorang adiwira dalam sebuah bandaraya moden, dengan elemen-elemen terterap daripada dunia sains fiksyen.
Twilight Heroes adalah percuma, walaupun pendermaan wang amat dialukan dan penderma layak menerima hadiah penghargaan.

Twilight Heroes
Imej logo Twilight Heroes
"Justice Served Nightly"

("Kesaksamaan Tetap Bersemayam Di Waktu Malam")

Platformpelayar web Sunting ini di Wikidata
Pelepasan31 Oktober 2007
GenreMMORPG
ModPemain tunggal
Permainan video multipemain Sunting ini di Wikidata

Permainan sunting

Permainan video ini merupakan sebuah permainan bergilir percuma yang boleh diakses melalui pelayar web biasa. Seperti kebanyakan video online berperanan, ianya berteraskan pertarungan antara watak pemain dan musuh, serta penunaian misi-misi yang biasanya ditugaskan oleh pihak berkuasa, dsb.

Azimat, golongan adiwira dan kuasa-kuasa adiwira sunting

Setiap pemain akan bermula sebagai seorang manusia biasa di tahap 1 (Level 1 human) yang akan terjumpa setangkai azimat (Ing: talisman) yang mengurniakan pemain dengan kuasa dan keupayaan luar biasa. Pada mulanya, hanya 4 azimat sedia untuk diguna dan kuasa mereka bergantung kepada golongan adiwira (Hero class) yang dipilih oleh pemain sebelum bermula, tetapi pemain boleh menjumpai azimat yang berlainan semasa rondaan di tempat tertentu.

Golongan adiwira dan keupayaan sunting

Pemain boleh memilih untuk bermain sebagai seorang "Elemental" (menggunakan kuasa sihir yang berdasarkan unsur-unsur alam, iaitu api, udara, dsb), "Psion" (pakar dalam keupayaan psikik seperti telekinesis), "Gadgeteer" (seorang yang bergantung kepada penggunaan alatan yang canggih, seperti Iron Man dari alam siri Marvel Comics), ataupun "Naturalist" (golongan ini bergantung pada hubungan mereka dengan haiwan dan alam semulajadi). Setiap satu golongan tersebut ada pelbagai kebolehan dan keupayaan yang khas. Misalnya, golongan Gadgeteer tahu bagaimana membina superkomputer, Naturalist pula boleh menjinakkan haiwan seperti tikus atau dinosaur yang dijumpainya, manakala golongan Elemental mahir dalam pengubahsuaian struktur kimia logam dan bahan yang terjumpa semasa beronda supaya bahan tersebut lebih lasak atau bermutu.

Rondaan, pengangkutan dan masa sunting

 
Gambar skrin semasa pertempuran melawan suatu pasukan kembar hijau (dilabelkan sebagai green twosome). Dalam gambar ini, pemain telah memenangi wang sebanyak 34 dan 30 mata pengetahuan

Selepas azimat telah dipilih oleh pemain, pemain itu terus boleh "beronda" di kawasan bandar Twilight dan persekelilingannya. Biasanya, pemain akan terserempak dengan musuh, termasuk watak harian seperti perompak, samseng tempatan atau ahli kongsi gelap, dan juga anasir-anasir yang luar biasa mahupun berunsur fantasi seperti robot pembinasa dan makhluk asing yang mencabari keselamatan sejagat. Semua musuh-musuh ini boleh ditewas untuk ganjaran sama ada dalam bentuk pengetahuan (experience; digunakan untuk mempelajari dan memperbaiki lagi keupayaan kendiri watak pemain), wang (dalam bentuk cip plastik kasino) ataupun barang dan alat yang mungkin berguna (seperti bahan mentah, ubat, dsb).

Ciri-ciri unik sunting

Disebabkan saiz kecil Twilight Heroes dan oleh kerana ianya tidak berapa terkenal, pihak penerbitnya telah bertungkus-lumus untuk memasukkan ciri-ciri unik untuk membezakannya daripada permainan video lain, terutamanya Kingdom of Loathing.

 
Gambar skrin yang tertimbul sebaik sahaja seorang pemain telah daftar masuk. Bahagian kiri menunjikkan statistik-statistik adiwira seorang pemain. Peta di kanan menunjukkan semua zon rondaan di bandar Twilight. Semakin jauhnya suatu zon rondaan dari pusat bandar iaitu Somerset Park, semakin bermutunya cara pengangkutan yang diperlukan untuk mencapainya.

Masa dan kaffeina sunting

Dunia Twilight ditadbir mengikut penggunaan sistem "masa" atau giliran dalam permainan. Setiap tindakan yang digunakan oleh seorang pemain - sama ada beronda atau berehat di rumah - akan mengambil masa. Walaupun pemain diberi beberapa giliran bonus untuk setiap hari, seorang pemain tidak boleh bermain selepas pukul 7 pagi melainkan pada suatu hari khas setiap 144 jam. Gula-gula atau minuman yang berunsur kafeina boleh dihisap untuk mengganti semula giliran untuk rondaan lanjutan.

Reputasi adiwira dan imej awam sunting

Di samping itu, Twilight Heroes juga melibatkan sebuah sistem "imej awam" yang boleh mempengaruhi prestasi dan statistik watak pemain dengan membenarkan akses kepada kedai dan kemudahan yang tertentu. Misalnya, keputusan seorang pemain untuk mengambil rasuah daripada penyeludup mungkin akan dikenakan penalti disebabkan reputasinya yang tercemar.

Pengangkutan dan zon rondaan sunting

Sistem pengangkutan juga merupakan satu keunikan Twilight Heroes. Pada mulanya, kawasan rondaan yang boleh dicapai merupakan Taman Somerset, sebuah taman perumahan. Namun begitu, pemain masih boleh memperluaskan lagi kawasan rondaan mereka dengan basikal, kereta biasa dan juga pesawat pejuang (di samping jenis kenderaan lain yang berunsur fantasi/fiksyen sains). Setiap satu cara pengangkutan ada sifat-sifat yang tersendiri: contohnya, pengguna sebuah pesawat menikmati keupayaan menyerang yang lebih baik serta kawasan rondaan yang lebih luas berbanding dengan seorang pemain yang menunggang motosikal, manakala kapal selam atau peralatan menyelam diperlukan jika pemain hendak masuk kawasan bawah air.

Retcon ("Retroactive continuity") sunting

Sejak 2011, Twilight Heroes mengalami perubahan yang ketara dengan kemunculan sistem Retcon, atau nama panjangnya dalam Bahasa Inggeris, Retroactive continuity. Dalam dunia komik, Retcon adalah istilah yang biasanya digunakan di Amerika Syarikat yang maksudkan penyuntingan semula mitos atau cerita yang membentuk latar belakang seseorang adiwira. Kini, Twilight Heroes mengutamakan perjuangan pemain untuk membanteras seorang ketua penjenayah dan orang-orang bawahannya. Setelah musuh ini ditumpaskan, pemain diberi peluang untuk terus bermain secara normal, ataupun menjalankan proses "Retcon". Pemain yang memilih untuk mengalami Retcon akan dilucutkan segala keupayaan yang telah diperolehinya, tetapi akan diberi ganjaran-ganjaran yang unik yang biasanya tidak boleh diperolehi sekiranya pemain itu telah memilih untuk terus bermain tanpa Retcon.

Kos bermain dan sistem ekonomi maya sunting

Twilight Heroes adalah percuma dan cuma memerlukan perkakasan komputer yang ringkas, maka ianya sangat sesuai untuk pemain yang tidak memiliki komputer yang pantas atau canggih. Walau bagaimanapun, ianya bergantung pada wang derma daripada pemainnya untuk menjelaskan kos penyelenggaraan.

Aktiviti ekonomi dalam alam Twilight Heroes tertumpu pada pungutan cip plastik semasa rondaan, sama ada melalui penerokaan atau dengan menewaskan musuh yang menyerang pemain. Sebagai wang, cip plastik digunakan sebagai penilai dalam perdagangan dan juga berguna dalam membeli barang daripada kedai-kedai dalam bandar Twilight.

Pendermaan sebanyak AS $10 atau lebih akan melayakkan penderma untuk menerima pingat (stars ataupun "bintang") yang boleh digunakan secara terus, dijual atau ditukar dengan pemain lain, ataupun ditukar di sebuah kedai khas untuk senjata dan perkakasan yang maha berkuasa dan unik.

Pautan luar sunting