USS Alabama (BB-8)


Alabama (BB-8) yang kedua merupakan kapal perang kelas Illinois.

USS Alabama
USS Alabama
USS Alabama berhampiran bandaraya New York
KerjayaUSN Jack
Mula dibina:1 Disember 1896
Dilancarkan:18 Mei 1898
Ditauliahkan:16 Oktober 1900
Dibersarakan:7 Mei 1920
Nasib:sasaran bom, dijual sebagai besi buruk
Ciri-ciri umum
Sesaran:11,565 tan
Panjang:374' 10" (114 m)
Rusuk:72' 5" (22.1 m)
Draft:25 kaki (7.6 m)
Kelajuan:16 knot
Ahli kapal:536 pegawai dan kakitangan
Persenjataan:4 meriam 13-inci, 14 meriam 6-inci, 16 x 6-paun, 4 x 1-paun, 4 tube torpedo 18-inci

Lunasnya diletakkan pada 1 Disember 1896 di Philadelphia, Pennsylvania, oleh William Cramp and Sons Ship and Engine Building Company. Ia ditauliahkan pada 18 May 1898 dan dirasmikan oleh Miss Mary Morgan, anak perempuan kepada Honorable John T. Morgan, Senator Amerika Syarikat dari Georgia dan ditauliahkan pada 16 Oktober 1900, Kapten Willard H. Brownson sebagai pemerintah.

Walaupun ditugaskan kepada Stesyen Atlantik Utara ( North Atlantic Station ), Alabama tidak memulakan operasi bersama unit tersebut sehingga awal tahun berikutnya. Kapal perang tersebut kekal di Philadelphia sehingga 13 Disember apabila ia belayar untuk perjalanan pendek ke bandaraya New York. Ia berlabuh di New York sehingga Tahun Baru dan sebahagian dari bulan Januari 1901. Akhirnya, pada 27 Januari, kapal perang tersebut berlayar ke selatan untuk latihan musim sejuk dengan Armada di tapak latihan di Teluk Mexico berhampiran Pensacola, Florida. Kerjaya tentera laut Alabama betul-betul bermula dengan ketibaannya di teluk Mexico pada awal Februari. Kecuali untuk tahun 1904, setiap tahun bermula dari 1901 sehingga 1907 ia mengadakan latihan Armada dan latihan tembakan meriam di Teluk Mexico dan Indies Barat pada musim sejuk sebelum kembali ke utara untuk kerja-kerja baikpulih dan operasi di persisiran timur laut ketika musim panas dan luruh. Pengecualian berlaku pada musim bunga spring 1904 selepas tamat pergerakan musim sejuk apabila ia meninggalkan Pensacola dengan diiringi oleh Kearsarge (BB-5), Maine (BB-10), Iowa (BB-4), Olympia (Cruiser No. 6), Baltimore (Cruiser No. 3), dan Cleveland (Cruiser No. 19) dalam perjalanan ke Portugal dan Mediterranean. Selepas lawatan istiadat ( ceremonial visit ) ke Lisbon sempena menghormati kemasukan Infante ke sekolah tentera laut Portugis, Alabama dan tiga kapal perang yang lain berlayar di Mediterranean sehingga pertengahan Ogos. Kembali melalui Azores, ia dan teman seperjalanan tiba di Newport, Rhode Island, pada 29 August. Lewat bulan September, kapal perang tersebut masuk League Island Navy Yard untuk kerja-kerja baikpulih. Awal Disember, Alabama meninggalkan limbungan dan meneruskan pelayarannya dengan Armada Atlantik Utara. Pada akhir tahun 1907, kapal perang Alabama belayar untuk misi khas. Pada 16 Disember 1907, ia berlabuh di Hampton Roads diiringi oleh apa yang dikenali sebagai Angkatan Great White "Great White Fleet". Alabama mengiringi Angkatan dalam perlayarannya mengelilingi benua Amerika Selatan sehingga ke San Francisco. Pada 18 May 1908 apabila kebanyakan Angkatan menghala ke utara untuk melawat barat laut Pasifik, ia kekal di San Francisco untuk kerja baikpulih di Mare Island Navy Yard. Disebabkan ini, kapal perang Alabama tidak mengikuti lawatan yang terkenal ke Japan. Sebaliknya, Alabama dan Maine meninggalkan San Francisco pada 8 Jun untuk mengelilingi dunia melalui jalan mereka yang lebih lurus. Belayar melalui Honolulu dan Guam, kedua kapal perang sampai ke Manila di Filipina pada 20 Julai. Pada Ogos, mereka melawat Singapura dan Kolombo di pulau Sri Langka "Ceylon". Dari Kolombo, kedua kapal perang belayar, melalui Aden di Semenanjung Arab, ke Terusan Suez. Belayar merentasi terusan pada awal September, Alabama dan Maine membuat laluan cepat melalui Laut Mediterranean, berhenti sejenak di Naples pada pertengahan bulan. Selepas berhenti di pelabuhan Gibraltar, mereka memulakan pelayaran merentasi Lautan Atlantik pada 4 Oktober. Mereka melakukan satu persinggahan, di Azores, dalam perjalanan mereka merentasi Atlantik. Pada 19 Oktober ketika mereka menghampiri penghujung perjalanan mereka yang panjang, kedua kapal perang berpisah. Maine menghala ke Portsmouth, New Hampshire; dan Alabama berlayar menghala ke New York. Kedua-dua kapal perang tersebut sampai ke destinasi mereka pada 20 haribulan Oktober.

Alabama diletakkan sebagai simpanan di New York pada 3 November 1908. Walaupun ia kekal tidak aktif di New York, kapal perang tersebut tidak dibatal pentauliahannya sehingga 17 Ogos 1909. Kapal perang Alabama tersebut menjalani kerja-kerja pembaikpulih yang menyeluruh yang berlangsung sehingga awal tahun 1912. Pada 17 April 1912, ia ditauliahkan, sebagai simpanan kedua, di New York, dibawah pemerintahan Kommander Charles F. Preston. Pada titik itu, ia menjadi sebahagian daripada unsur Angkatan Simpanan Atlantik ( Atlantic Reserve Fleet ) yang baru ditubuhkan. Menurut konsep tersebut, tentera laut menyelenggarakan unit yang mengandungi sembilan kapal perang lama termasuk Brooklyn (Armored Cruiser No. 3), Columbia (Cruiser No. 12), dan Minneapolis (Cruiser No. 13) untuk tujuan mengekalkan kapal-kapal tersebut bersedia untuk perkhidmatan aktif menggunakan kerasionalan kewangan dengan kekosongan yang boleh diisi oleh pasukan bersenjata tentera laut dan sukarelawan ketika kecermasan. Keseluruhan unit tersebut mempunyai pegawai dan kakitangan yang mencukupi untuk membawa dua atau tiga buah kapal ke laut mengikut giliran sebagai ujian peralatan, perkakasan, dan melatih kelasi.

Alabama diletakkan di bawah pentauliahan penuh pada 25 Julai 1912 dan beroperasi bersama Angkatan Atlantik di persisiran New England sepanjang musim panas. Ia kembali kepada pentauliahan status simpanan, pada mulanya di simpan di New York pada 10 September 1912. Akhir musim bunga tahun 1913, angkatan laut menambah dimensi baru kepada konsep Angkatan Simpanan Atlantik dengan memiliki kapal perang milik unit tersebut dipinjamkan kepada pelbagai pasukan laut bersenjata negeri ( state naval militias ) sebagai latihan yang menyerupai program latihan simpanan tentera laut terkini. Ketika musim panas pada tahun 1913, Alabama belayar sepanjang persisiran pantai timur dan membuat dua perjalanan pergi balik ke Bermuda untuk melatih pasukan bersenjata tentera laut dari Maryland, District of Columbia, New York, Rhode Island, Maine, North Carolina, dan Indiana. Ia mengakhiri pelayaran latihan terakhirnya untuk tahun itu di Philadelphia pada 2 September. Kapal perang itu diletakkan pada tugasan biasa pada 31 Oktober 1913 dan dalam tugas simpanan pada 1 Julai 1914.

Walaupun masih ditauliah, ia menghabiskan tempoh masa selama 30 bulan berikut secara tidak aktif dalam Pasukan Simpanan, Angkatan Atlantik, di Philadelphia. Bagaimanapun, Pertukaran dasar Amerika Syarikat kearah pihak yang terbabit dalam Perang Dunia I, membawa Alabama keluar daripada pembekuan simpanan waktu aman pada permulaan tahun 1917. Pada 22 Januari, ia menjadi kapal penerima di Philadelphia, memulakan draft rekruit untuk latihan. Pada pertengahan March, kapal perang Alabama bergerak ke selatan ke bahagian bawah Teluk Chesapeake dan mula melatih rekruit baru menjadi kelasi berpengalaman. Kapal perang Alabama berehat daripada jadual latihan yang ketat pada 6 April 1917 untuk pengumuman pengistiharan perang Amerika Syarikat keatas Central Powers. Dua hari kemudian, Alabama menjadi kapal pemerintah ( flagship ) Division 1, Angkatan Atlantik. Sepanjang tempoh Perang Dunia 1 berikut, kapal perang Alabama menjalani misi latihan rekruit di bahagian selatan Teluk Chesapeake dan disepanjang persisiran pantai Atlantik, walaupun ia ada melakukan lawatan ke Teluk Mexico pada akhir Jun dan awal Julai 1918.

Selepas perlucutan senjata ( armistice ) pada 11 November 1918, tugas latihan rekruit berterusan tetapi beransur-ansur kurang kerap. Pada bulan Februari dan March tahin 1919, kapal perang Alabama berlayar ke selatan ke Lautan Indies Barat untuk pergerakan musim sejuk. Ia kembali ke Philadelphia pada pertengahan April untuk pembaikpulih routin sebelum berlayar ke Annapolis untuk memulakan to embark United States Naval Academy midshipmen untuk perlayaran latihan musim panas. Pada 28 dan 29 May, Alabama melakukan perjalanan pendek dari Philadelphia ke Annapolis. Ia meninggalkan Annapolis pada 9 Jun bersama 184 midshipmen. Dalam bahagian pertama pelayaran, Alabama melawat Indies Barat dan membuat perjalanan melintasi Terusan Panama dan kembali. Pada pertengahan Julai, ia berlayar sepanjang persisiran New York dan New England. Pada bulan Ogos, Alabama kembali ke selatan untuk pergerakan do tapak latihan ( drill grounds ). Alabama menurunkan midshipmen di Annapolis pada akhir bulan Ogos dan kembali ke Philadelphia.تعمیر پکیج

Selepas sembilan bulan di Philadelphia dengan masa depan tidak menentu, kapal perang Alabama akhirnya dibersarakan pada 7 May 1920. Pada 15 September 1921, Alabama dipindahkan ke Jabatan Perang ( War Department ) untuk digunakan sebagai sasaran, dan namanya dikeluarkan dari Daftar Kapal Tentera Laut ( Naval Vessel Register ). Dijadikan sasaran pengeboman udara di Teluk Chesapeake oleh kapal terbang Perkhidmatan Udara Tentera ( Army Air Service ), bekas kapal perang tenggelam dalam air cetek pada 27 September 1921. Pada 19 March 1924, badan kapal yang tenggelam itu dijual sebagai besi buruk.

Lihat juga sunting