UTC+00:20

(Dilencongkan dari UTC+0:20)

UTC+00:20 ialah pengenal pasti sesaran waktu +00:20 dari UTC.

UTC+00:20
Zon waktu
Sesaran UTC
UTCUTC+00:20
Waktu kini
08:08, 24 Mac 2024 UTC+00:20 [refresh]
Meridian pusat
5 darjah T
Kumpulan tarikh-masa

Sejarah sunting

UTC+00:20 pernah digunakan di Belanda dari 1 Mei 1909 hingga 16 Mei 1940. Ia dikenali sebagai Waktu Amsterdam atau Waktu Belanda. Zon waktu yang lebih tepat ialah GMT +0j 19m 32.13s hingga 1 Julai 1937 ketika ia diringkaskan kepada GMT +0j 20m. Ketika penjajahan Jerman semasa Perang Dunia Kedia, Waktu Berlin diguna pakai, dan digunakan hingga kini.

Punca sesaran tepat +0j 19m 32.13s ialah zon waktu ditetapkan berdasarkan waktu suria min Westertoren (4° 53' 01.95" T), menara gereja Westerkerk di Amsterdam.

UTC+00:20 juga digunakan sebagai waktu musim panas di tanah jajahan Gold Coast British dari 1919 hingga 1942.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Gold Coast (1910–1936). "Ordinances of the Gold Coast, Ashanti, Northern territories, and Togoland under British mandate". Government of Ghana. p. 76. "The Determination of the Time Ordinance, 1919 (No. 18 of 1919)", 2 November 1919. Retrieved 7 July 2021.