U Mobile Sdn Bhd ialah penyedia perkhidmatan 3G terbaru di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1998 sebagai MiTV Networks Sdn Bhd. U Mobile ialah anak syarikat milikan penuh U Telecom Media Holdings Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai MiTV Corporation Sdn Bhd.

U Mobile Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriMobile Telecommunications
Mobile TV
Ditubuhkan1998 (Sebagai MiTV Networks Sdn Bhd)
Ibu pejabatIbu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingTan Sri Vincent Tan
KeluaranMobile LiveTV™
Mobile Data
Mobile Telephony
Mobile Multimedia
Bilangan kakitangan500+
Tapak webwww.u.com.my
Facebook: umobile Twitter: umobile Instagram: myumobile LinkedIn: umobile Youtube: UCQI31ssRUdlCo0XQy4GVA4Q Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dengan menggunakan awalan 018 dan 011 yang diperuntukkan kepada pertubuhan ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) [1], U Mobile bertujuan memperkaya hidup para pengguna dengan menjadikan komunikasi, hiburan dan maklumat lebih mudah dicapai dengan teknologi canggih melalui satu landasan yang mudah dan sentiasa ada.

Selain menawarkan telefoni dan data mudah alih, U Mobile berniat untuk menjadi penyedia perkhidmatan televisyen sejati yang terulung di Malaysia dengan perkhidmatan Mobile LiveTV™nya yang menggunakan teknologi Penyiaran Video Digital – Mudah Alih (DVB-H) yang diterima antarabangsa [2]. U Mobile menjalankan percubaan pengguna perkhidmatan telefon dandMobile LiveTV™ pada akhir 2007. [3]

U Mobile mendirikan ibu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sejarah sunting

Pada April 2007, U Telecom Media Holdings Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman perantauan domestik seluruh negara terulung di Malaysia yang memberi laluan kepada persetujaun dengan Celcom (M) Bhd, sekaligus membolehkan pelanggan U Mobile mengalami liputan seluruh negara mulai hari pertama di pasaran sementara U Mobile terus membentangkan perkhidmatan 3G mudah alih berkelajuan tinggi ke seluruh negara secara berperingkat [4]. Persetujuan ini lengkap pada Jun 2007.

Menjelang penghujung tahun 2007, U Mobile memulakan siaran percubaan dengan menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang membeli telefon bimbit Nokia N77. Pada Disember 2007, U Mobile mengumumkan bahawa dua buah pengendali komunikasi 3G terkemuka di dunia iaitu KT Freetel dan NTT DoCoMo bersama-sama melaburkan AS$200 juta (RM669 juta untuk memegang 33% saham U Mobile. Pengumuman ini mungkin merupakan salah satu urusniaga komunikasi mudah alih yang terpenting di Malaysia sehingga kini kerana kelihatan ada potensi hebat untuk menganjakkan model perniagaan industri telekomunikasi negara dari tumpuan pada liputan kepada tumpuan terhadap produk dan kandungan menerusi kemasukan pengetahuan dan kepakaran dari peneraju global.

Pada bulan Mac 2008, U Mobile melancarkan produk awam terulungnya iaitu Surf with U, iaitu pelan data sahaja untuk pengguna telefon mudah alih asalkan menerusi rangkaian mobil pacuan HSDPA yang disediakan U Mobile. Pada bulan seterusnya, U Mobile melancarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alihnya yang pertama, iaitu U38 plan pascabayar.[5] Pada bulan Julai pula, U Mobile memperkenalkan dua perkhidmatan mobil pascabayar seterusnya, iaitu U68 and U98, serta perkhidmatan prabayar 018 Prepaid.

Pada

Rujukan sunting

  1. ^ Jeff Ooi (11 April 2007). "018 mobile prefix put to better use". CNET Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-10. Dicapai pada 2007-10-10. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Clement, Teo (June 18, 2007). "MiTV and Nokia announce live DVB-H mobile TV service for Malaysia". Nokia MobileTV Forum. Dicapai pada 2007-10-10. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Jo, Timbuong (September 20, 2007). "U Mobile is newest cellular service provider". TheStar Online: Tech Central. Dicapai pada 2007-10-10. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Surin, Murugiah (April 10, 2007). "MiTV to offer 3G service in 2H". The Edge Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-21. Dicapai pada 2007-10-10.
  5. ^ "U Mobile Launches its Post Paid Service – U38 Plan" (PDF). 2008-04-15. Dicapai pada 2008-04-17.

Pautan luar sunting