Bukit Uhud atau Gunung Uhud (Arab: جبل أحد) ialah sebuah bukit yang terletak di utara kota Madinah, Arab Saudi dengan ketinggian 1077 meter. Batuan Uhud lazimnya terdiri daripada granit merah.[1]

Uhud
جبل أحد
Titik tertinggi
Ketinggian1,077 m (3,533 ka)
Koordinat24°30′13″N 39°36′56″E / 24.50361°N 39.61556°E / 24.50361; 39.61556
Geografi
LokasiMadinah al-Munawwarah, Arab Saudi

Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.

Rujukan sunting

  1. ^ "أحد.. جبل يحبنا ونحبه". Al-Riyadh (dalam bahasa Arab). 17 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2018.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Uhud di Wikimedia Commons