Ular Tedung Senduk

Ular Tedung Senduk (Naja tripudians[2] atau Naja kaouthia[3]) ialah sejenis Ular Tedung. Ia merupakan spesies ular tedung yang memiliki tanda bulat pada gebeng lehernya, tidak seperti ular tedung India ("Indian cobra").

Ular Tedung Senduk
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
N. kaouthia
Nama binomial
Naja kaouthia
Lesson, 1831
Sinonim
  • Naja kaouthia – Lesson, 1831
  • Naja tripudians var. fasciata – Gray, 1830
  • Naia tripudians var. fasciata – Boulenger, 1896
  • Naja naja sputatrix – Bourret, 1937
  • Naja naja kaouthia – Smith, 1940
  • Naja kaouthia kaouthia – Deraniyagala, 1960
  • Naja naja kaouthia – Harding & Welch, 1980
  • Naja naja kaouthia – Golay, 1985
  • Naja kaouthia suphanensis – Nutaphand, 1986
  • Naja kaouthia – Manthey & Grossman, 1997
  • Naja kaouthia – Cox et al., 1998
  • Naja naja kaouthia – Sharma, 2004[1]

Spesies ini dinilai kurang dibimbangi oleh IUCN kerana taburan luasnya di seluruh Asia Tengah dan Asia Tenggara, kesesuaian dengan kepelbagaian habitat yang luas, termasuk persekitaran yang ditukar secara "anthropogenically", dan laporan bilangannya yang banyak.[4]

Gambaran sunting

Sisik badannya licin dan teratur dalam barisan memanjang 19–21 (biasanya 21) pada pertengehan badan. Tengkuknya pucat, dengan ketiadaan tompok gelap, sering kali diikuti dengan satu gelang hitam. Tompok leher memanjang "ventro-lateral" adalah jelas, venter yang selebihnya samaada pucat atau semakin kelabu dengan pigmen lebih gelap ke belakang. Bagi dewasa, tanda pada kembang leher biasanya jelas, biasanya tanda bulat, bujur atau bulat, dengan tengah gelap dan kadang-kala sempadan luar yang nipis dan lebih gelap. Kadang-kala satu atau dua tompok kelihatan pada tompok bujur pucat ini. Taringnya tidak berubah bagi menyumpit, dan bukaan pengeluar racun adalah besar. Bilangan sisik memanjang ("Ventral scales") adalah 164–196 dan sisik subcaudal adalah 43–58. Panjang keseluruhan 1500 mm; panjang ekor 230 mm (menurut Smith [1943:429] spesimen lebih besar telah direkodkan tetapi amat jarang).

Taburan dan habitat sunting

Ular Tedung Senduk terdapat dari India di sebelah barat sehingga ke China, Vietnam dan Kemboja, juga terdapat di Semenanjung Malaysia dan juga tempatan di Bangladesh, Bhutan, Myanmar, Laos, Nepal, dan Thailand. Ular Tedung Senduk terdapat sehingga ketinggian 1,000 m (3,300 ka) dari aras laut dan gemarkan habitat berkait dengan air, seperti sawah padi, paya, dan paya bakau, tetapi juga terdapat di kawasan berumput tebal, semak-samun, dan hutan, di tanah pertanian dan kediaman manusia, termasuk di bandar.[4]

Ekologi dan tingkah laku sunting

Ular Tedung Senduk kebanyakannya aktif pada waktu senja dan malam, tetapi juga dijumpai berjemur pada waktu siang.

Ular Tedung Senduk memburu pelbagai perburuan luas seperti tikus, katak, mengkarung, burung dan telornya, malah kadang-kala memakan sesama sendiri.

Ular Tedung Senduk betina bertelur sekitar 25–45 biji. Anaknya hidup bebas sebaik sahaja menetas.

Racun sunting

Racun spesies ini kebanyakannya terdiri daripada neurotoksin. Simptom termasuk sakit kepala, mual dan keliru.[5]


Rujukan sunting

  1. ^ Naja kaouthia di Reptarium.cz Reptile Database. Diakses pada 15 Julai 2008.
  2. ^ Carian ular tedung senduk Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  3. ^ Soalan 1.36, BZT 212/3 - Zoologi Vertebrata Universiti Sains Malaysia
  4. ^ a b Bain, R. H. (2009). "Naja kaouthia". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2010.4. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa.CS1 maint: ref=harv (link)
  5. ^ Serpents from Destination Laos, accessed 23 August, 2010

Bacaan lanjut sunting

  • Wüster, Wolfgang (1993) A century of confusion: Asiatic cobras revisited. Vivarium 4 (4): 14–18
  • Cox, Merel J. (1995) Naja kaouthia Herpetological Review 26 (3): 156–157
  • Kyi, S. W., Zug, G. R. (2003) Unusual foraging behaviour of Naja kaouthia at the Moyingye Wetlands Bird Sanctuary, Myanmar. Hamadryad 27 (2): 265–266
  • Wüster, W. Thorpe, R.S. (1991) Asiatic cobras: Systematics and snakebite. Experientia 47: 205–209
  • Wüster, W., Thorpe, R.S., Cox, M.J., Jintakune, P., Nabhitabhata, J. (1995) "Population systematics of the snake genus Naja (Reptilia: Serpentes: Elapidae) in Indochina: Multivariate morphometrics and comparative mitochondrial DNA sequencing (cytochrome oxidase I)". Journal of Evolutionary Biolology 8: 493–510
  • Wüster, W. (1996) Taxonomic changes and toxinology: Systematic revisions of the Asiatic cobras (Naja naja complex). Toxicon 34 (4): 399–406
  • Wüster, W. (1998) The cobras of the genus Naja in India Hamadryad 23 (1): 15–32

Pautan luar sunting


Rujukan sunting