Umbai merupakan sebuah Mukim yg terletak di antara sempadan Jasin-Melaka Tengah di Melaka, Malaysia. Menurut cerita orang terdahulu, asal usul nama ‘umbai’ ialah daripada perkataan rumput yang banyak tumbuh di sekitar tepi sungai, paya dan saluran air iaitu ‘rumput kumbai’. Pokok kumbai ini menyerupai rumput air yang tingginya boleh menceceh 4 kaki. Kehidupan kumbai ini merumbai ‘serum’ di dalam sawah dan ladang tetapi kumbai ini hanya boleh di dapati di kawasan yang mempunyai saluran air. Batang atau daunnya digunakan sebagai tali untuk mengikat bungkusan.

Di dalam mukim umbai terdapat beberapa kanpung rangkaian yang terdiri daripada Pekan Umbai, Kampung Bukit Tembakau, Kg. Sungai Sembilang, Kampung Berangan Enam, Kampung Paya Tanjung, Kampung Solok Tengah, Kampung Solok Pasal, Kampung Seri Minyak, dan Taman Pahlawan.

Umbai terkenal dengan produk Medan Ikan Bakarnya. Ikan Bakar Umbai memang sudah tersohor semenjak dahulu. Selain itu juga jetti Anjung Batu Umbai merupakan jetti utama untuk ke pergi ke Pulau Besar. Sebuah Pulau yang penuh misteri dan bersejarah.

Di kampung Berangan Enam Umbai, terdapat satu Persatuan Seni Silat yang bernama Persatuan Seni Silat Gerak Tepat. Persatuan ini penyambung bagi warisan keperwiraan penduduk terdahulu kampung ini.

Di masjid Umbai terdapat Makam Sultan Ali, waris terakhir keturunan Raja Bendahara Kesultanan Melayu Johor.

Petempatan jiran sunting

Taman Perumahan sunting

  • Taman Pahlawan