Umbriel ialah sebuah bulan Uranus yang ditemui pada 24 Oktober 1851 oleh William Lassell. Ia ditemui pada masa yang sama dengan Ariel lalu dinamai sempena seorang watak dalam puisi Alexander Pope, The Rape of the Lock. Umbriel terdiri terutamanya daripada ais dengan sebahagian besar batu, dan mungkin dibezakan kepada teras berbatu dengan mantel berais. Permukaannya adalah yang paling gelap antara bulan-bulan Uranus, malah kelihatan terbentuk oleh hentaman terutama sekali. Bagaimanapun, kewujudan ngarai membayangkan proses-proses endogeni dahulu kala, iaitu Umbriel mungkin pernah melalui suatu kejadian perubahan rupa bumi dorongan endogeni yang meranapkan permukaan lamanya.

Umbriel
Penemuan
Ditemui olehWilliam Lassell
Tarikh penemuan24 Oktober 1851
Designasi
Nama alternatifUranus II
AdjektifUmbrielian
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor266 000 km
Kesipian0.0039
Tempoh orbit4.144 d
Kecondongan0.128° (kepada khatulistiwa Uranus)
Satelit bagiUranus
Ciri-ciri fizikal
Min jejari584.7 ± 2.8 km (0.092 Bumi)[1]
Luas permukaan4 296 000 km2 (0.008 Bumi)[a]
Isi padu837 300 000 km3 (0.0008 Bumi)[b]
Jisim1.172 ± 0.135 × 1021 kg (2 × 10−4 Bumi)[2]
Min ketumpatan1.39 ± 0.16 g/Cm3[2]
Graviti permukaan khatulistiwa0.2 m/S2 (~ 0.023 g)[c]
Halaju lepas{{V2|1.172|584.7|2}} km/S[d]
Tempoh putarandianggap segerak[3]
Kecondongan paksi0[3]
Albedo
  • 0.26(geometri)
  • 0.10(Bond)[4]


Magnitud ketara14.5(Vband, tentangan)[5]
Atmosfera
Tekanan atmosferasifar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ditaburi oleh banyak kawah hentaman yang mencapai diameter selebar 210 km (130 bt), Umbriel adalah satelit Uranus yang kedua paling banyak kawahnya selepas Oberon. Ciri permukaannya yang paling menonjol adalah selingkung bahan terang pada dasar kawah Wunda. Seperti semua bulan Uranus, Umbriel mungkin terbentuk dari suatu cakera tokokan yang mengitari Uranus sejurus selepas pembentukannya. Sistem Uranus diselidik dari dekat sekali sahaja, iaitu oleh kuar angkasa Voyager 2 pada Januari 1986, yang sempat mengambil gambarnya cukup-cukup untuk membolehkan pemetaan sekitar 40% permukaan bulan.

Nota sunting

  1. ^ Keluasan permukaan diperoleh dari jejari r :  .
  2. ^ Isipadu V diperoleh dari jejari r :  .
  3. ^ Graviti permukaan diperoleh dari jisim m, pemalar graviti G dan jejari r :  .
  4. ^ Halaju lepas diperoleh dari jisim m, the pemalar graviti G dan jejari r :  .

Rujukan sunting

  1. ^ doi: 10.1016/0019-1035(88)90054-1
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  2. ^ a b doi: 10.1086/116211
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ a b doi: 10.1126/science.233.4759.43
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  4. ^ doi: 10.1006/icar.2001.6596
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  5. ^ "Planetary Satellite Physical Parameters". NASA/JPL. Dicapai pada 6 Jun 2010.

Lihat juga sunting