Ummah (bahasa Arab: أمة, bahasa Melayu: umat) adalah sebuah kata dan frasa daripada bahasa Arab yang bererti: "masyarakat" atau "bangsa". Perkataan ini berasal dari kata amma-yaummu, yang boleh bermakna: "menuju", "menumpu", atau "meneladani". Dari akar kata yang sama, terbentuk juga: um, yang bererti "ibu", dan imam, yang bererti "pemimpin".[1]

Peratusan Muslim: hijau 50% atau lebih, kuning 10% atau lebih.

Penggunaan umum sunting

Perkataan ummah (jamak: umam) bermaksud bangsa dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, itilah Arab bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah الأمم المتحدة Al-Umam Al-Muttahidah, dan istilah الأمة العربية Al-Ummah Al-Arabiyah digunakan untuk merujuk kepada bangsa Arab.[2]

Perkataan ummah berbeza dengan konsep negara atau rakyat. Dalam konteks yang lebih besar, ia digunakan untuk menerangkan kumpulan individu yang besar. Sebagai contoh, perkataan Arab شعب sha'ab ("rakyat") digunakan untuk menerangkan rakyat atau warganegara Turki. Walau bagaimanapun, istilah ummah digunakan untuk menerangkan orang Turkik, secara keseluruhan termasuklah Turki, begitu juga seluruh diaspora Turki.


Asal dan penggunaan Islam sunting

Frasa Ummah Wāhidah dalam al-Quran (أمة واحدة, "Satu Bangsa") merujuk kepada seluruh dunia Islam yang ada dalam satu-satu masa. Al-Quran menyatakan: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" [3:110].

Kegunaannya dijelaskan lagi dalam Piagam Madinah, dokumen terawal menyatakan hasil rundingan Nabi Muhammad pada 622 Masihi dengan ketua-ketua kabilah Madinah, yang secara jelas turut merujuk kepada Yahudi, Kristian (NAsrani) dan masyarakat badwi Madinah sebagai sebahagian daripada Ummah.[3][4][5][6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Shihab, Dr. M. Quraish, M.A., Wawasan Al-Qur'an: Tafsir Maudhu'i atas Pelbagai Persoalan Umat, Mizan, 1996.
  2. ^ Team, Almaany. "ترجمة و معنى nation في قاموس المعاني. قاموس عربي انجليزي مصطلحات صفحة 1". www.almaany.com.
  3. ^ Firestone, Reuven (1999). Jihād: The Origin of Holy War in Islam. New York: Oxford University Press. m/s. 118. ISBN 0195125800.
  4. ^ "Muhammad". Encyclopedia of Islam Online.
  5. ^ Watt, W. Montgomery (1956). Muhammad at Medina. Oxford: Clarendon Press.
  6. ^ Serjeant, R. B. (1964). "The Constitution of Medina". Islamic Quarterly. 8: 4.