209th Detachment, 2325th Group atau lebih dikenali sebagai Unit 684, adalah pasukan khas rahsia bagi Tentera Udara Republik Korea (Korea Selatan) di mana tugasan yang diberi adalah misi membunuh pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Il-sung.[1]

209th Detachment, 2325th Group
Lokasi pulau Silmido
AktifApril 1, 1968 - Ogos 23, 1971
Negara Korea Selatan
Cawangan Republik Korea
JenisBlack op special forces
PerananDitugaskan untuk membunuh Kim Il-sung
Saiz31
Sebahagian daripada20th Special Service Squadron
PangkalanSilmido
Nama samaranUnit 684, Silmido Unit

Penubuhan sunting

Unit ini ditubuhkan oleh Pengarah Korean Central Intelligence Agency (KCIA) atas arahan Presiden Park Chung-hee untuk membalas tindakan atas insiden 'Blue House Raid' oleh pasukan rahsia Korea Utara untuk membunuh Presiden Korea Selatan pada 19 Januari 1968. Kementerian Pertahanan memberi kenyataan bahawa unit ini dibawah detasmen ROK Air Force’s 2325th Group yang merekrut 31 orang awam, penjenayah serta belia penganggur yang dijanjikan wang tunai serta pekerjaan sekiranya berjaya melaksanakan misi mereka.[2]

Komposisi Unit 684 ini hampir sama dengan Unit 124 Korea Utara yang gagal membunuh Presidan Park Chung Hee dalam insiden 'Blue House Raid' melibatkan seramai 31 orang. Misi utama Unit 684 adalah untuk membunuh pemimpin agung Korea Utara, Kim Il-sung. Nama Unit 684 dinamakan bersempena tarikh penubuhannya iaitu '1968, April'. Para anggota Unit ini dilatih dengan keras & tidak berperikemanusiaan di pulau tidak berpenduduk, Pulau Silmido di pesisiran Incheon. 7 orang ahli pasukan Unit ini mati semasa dalam latihan.

Apabila hubungan antara kedua negara Korea bertambah baik, misi Unit ini telah dibatalkan.

Unit 684
Sebahagian daripada Perang Dingin
TarikhOgos 23, 1971
Lokasi
Status Pemberontak dibunuh, ditangkap atau bunuh diri.
Pihak yang terlibat
  Korea Selatan   Unit 684
Komandan dan pemimpin
  Park Chung-hee   Tidak Diketahui
Kekuatan
Tidak Diketahui 28-31
Kerugian dan korban
Tidak Diketahui 24-27 dibunuh
4 ditangkap (dibunuh kemudiannya)

Memberontak sunting

 
Keadaan bas yang dinaiki ahli pasukan Unit 684 selepas diserbu pihak tentera Korea Selatan.

Pada Ogos 1971, atas sebab-sebab yang kurang jelas, ahli pasukan Unit 684 memberontak & membunuh semua pegawai & pengawal mereka melainkan 6 orang dibiarkan hidup. Mereka menyusup ke Semenanjung Korea & merampas sebuah bas ke Seoul. Bas berkenaan telah ditahan oleh pihak tentera di Daebang-dong, Dongjak-gu, Seoul. 20 orang ahli pasukan Unit 684 ditembak mati atau membunuh diri dengan grenad (bom tangan). Baki 4 orang ahli pasukan yang masih hidup dibicarakan oleh Tribunal Tentera & dijatuhkan hukuman mati. Mereka dihukum bunuh pada 10 Mac 1972.

Kesan Insiden Silmido sunting

Kerajaan Korea Selatan merahsiakan segala maklumat berkenaan Unit 684 sehingga 1990an. Insiden Unit 684 mula mendapat perhatian orang awam menerusi penayangan filem Silmido pada 2003, tetapi Kerajaan hanya mengeluarkan laporan rasmi mengenai Unit 684 & insiden dahagi pada 2006.[3]

Pada 2009, ahli keluarga & waris kepada 21 ahli pasukan Unit 684 menyaman Kerajaan Korea Selatan sebanyak 670 juta won sebagai pampasan gantirugi. Pada 19 Mei 2010, Mahkamah Daerah Tengah Seoul mengarahkan pihak Kerajaan membayar pampasan gantirugi sebanyak 273 juta won kepada waris2 Unit 684. Keputusan Mahkamah mendapati 'ejen Silmido tidak dimaklumkan tentang tahap bahaya berkaitan latihan mereka, serta unsur kekerasan latihan berkenaan mencabul hak asasi kemanusiaan' dan mengambilkira derita emosi yang disebabkan tindakan Kerajaan dengan tidak memaklumkan kematian ejen2 pada waris2 keluarga mangsa sehingga 2006.

References sunting

  1. ^ "<군과거사 규명대상 쟁점.전망>-2(끝)".
  2. ^ Onishi, Norimitsu (15 February 2004). "South Korean Movie Unlocks Door on a Once-Secret Past". The New York Times. Dicapai pada March 10, 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Silmido agents' families get $217,000". Joong Ang Daily. 20 May 2010. Dicapai pada 10 March 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Sources sunting