Terdapat tujuh unit asas SI (Systeme International) yang menjadi unit kepada kuantiti fizik: panjang, jisim, masa, suhu termodinamik, arus elektrik, bilangan bahan, dan keamatan cahaya. Unit-unit S.I. yang sepadan kepada kuantiti-kuantiti ini ialah meter (m), kilogram (kg), saat (s), kelvin (K), ampere (A), mol (mol), dan kandela (cd). Perhatikan bahawa unit-unit S.I. perlu ditulis dalam huruf kecil.

Unit asas sunting

Kuantiti fizik Simbol Unit SI Unit
Jisim m kilogram kg
Suhu T, θ Kelvin K
Panjang l meter m
Masa t saat s
Arus I Ampere A
Kuantiti bahan n mol mol
Kecerahan cahaya Iv candela cd

meter sunting

Satu meter ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya selama 1/299 792 458 saat dalam vakum.

kilogram sunting

Satu kilogram ditakrifkan sebagai jisim satu silinder platinum-iridium yang disimpan di Peranchis.

saat sunting

Satu saat ditakrifkan sebagai jangka masa 9 192 631 770 tempoh radiasi yang sepadan dengan peralihan antara dua paras tenaga hiperhalus untuk keadaan asas satu atom ceasium-133.

kelvin sunting

Satu kelvin ditakrifkan sebagai 1/273.16 daripada suhu termodinamik takat tigaan air.

ampere sunting

Satu ampere ditakrifkan sebagai arus yang jika ditetapkan dalam dua konduktor yang selari, panjangnya tidak terhingga, luas keratan rentas yang boleh diabaikan, dan dipisahkan sejauh satu meter di dalam vakum akan menghasilkan daya sebanyak 2E-7 newton per meter konduktor itu.

mol sunting

Satu mol ditakrifkan sebagai bilangan bahan suatu sistem yang mengandungi bilangan zarah-zarah asas yang sama banyaknya dengan atom-atom dalam 0.012 kilogram karbon-12.

kandela sunting

Satu kandela ialah keamatan cahaya, pada satu arah yang diberi, oleh satu sumber monokromatik yang memancarkan radiasi dengan frequensi 540E12 Hz dan mempunyai keamatan sinaran 1/683 watt pre steradian pada arah itu.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting