Unit penghantaran maksimum

Dalam bidang rangkaian komputer, unit penghantaran maksimum (MTU) bagi sesebuah lapisan protokol komunikasi ialah saiz (dalam bait) bagi unit data protokol terbesar yang ia boleh majukan. Parameter MTU selalunya ada pada antara muka komunikasi (NIC, port sesiri, dsb.). MTU mungkin dikekalkan mengikut piawaian (sebagaimana untuk kes Ethernet) atau ditentukan ketika penghubungan (sebagaimana selalunya pada kes pautan sesiri dari satu titik ke satu titik). Lebih tinggi MTU, maka lebih tinggi kecekapan kerana setiap paket membawa lebih banyak data pengguna, sementara overhed protokol, misalnya pengepala atau tangguhan per paket lapisan bawah, kekal tetap, dan kecekapan yang lebih tinggi bermakna sedikit peningkatan pada daya pemprosesan bagi protokol pukal. Pun begitu, paket-paket besar boleh mengisi pautan lembab untuk beberapa masa, menyebabkan tangguhan yang lebih lama kepada paket-paket yang menyusul dan meningkatkan lamban serta kependaman minimum. Sebagai contoh, sebuah paket 1500 bait, yang terbesar dibenarkan oleh Ethernet pada lapisan rangkaian (dan lantas hampir keseluruhan Internet), akan memberikan tangguhan selama sesaat bagi modem 14.4k

Jadual bahantara biasa bagi MTU sunting

Catatan: MTU dalam bahagian ini diberi sebagai saiz maksimum paket IP yang boleh dihantar tanpa fragmentasi menyertakan pengepala IP tetapi tidak bagi pengepala-pengepala daripada tingkat-tingkat bawah dalam tindanan protokol. MTU sering kali disalahertikan dengan saiz maksimum datagram (saiz bagi paket yang dihimpun semula), yang mana nilai minimumnya ialah 576 untuk IPv4 (RFC 791) dan 1500 untuk IPv6(RCF 2460).

Bahantara Unit penghantaran maksimum (bait) Catatan
Internet IPv4 Path MTU (RFC 791) Sekurang-kurannya 68 Path MTU praktikal secara umumnya lebih tinggi. Sistem boleh menggunakan penemuan path MTU (RCF 1191) untuk menemukan path MTU sebenar.
Internet IPv6 Path MTU (RFC 2460) Sekurang-kurannya 1280 Path MTU parktikal secara umumnya lebih tinggi. Sistem boleh menggunakan penemuan path MTU (RFC 1981) untuk menemukan path MTU sebenar.
Ethernet v2 (RFC 1191) 1500 Hampis kesemua pelaksanaan IP menerusi Ethernet menggunakan format bingkai Ethernet V2.
Ethernet (802.3) (RFC 1191) 1492
Ethernet Bingkai Jumbo 1500-9000 Had berubah mengikut pembekal. Bagi pengendalian inter yang betul, seluruh Ethernet perlu mempunyai MTU yang sama. Selalunya hanya dilihat pada rangkaian-rangkaian bertujuan khas.
802.11[1] 2272
802.5 4464
FDDI (RFC 1191) 4500

MTU dalam piawaian lain sunting

Piawai G.hn, dibangunkan oleh ITU-T, membekalkan rangkaian kawasan setempat berkelajuan tinggi (sehingga 1 Gigabit/s) menggunakannya [1][1]pendawaian rumah yang sedia ada (talian kuasa, talian telefon[1] dan kabel-kabel sepaksi). Lapisan Pautan Data G.hn menerima bingkai-bingkai data sehingga 214 bait (16384 bait). Bagi mengelakkan masalah bingkai data yang panjang memenuhi medium untuk jangka masa yang panjang, G.hn mentakrifkan sebuah tatacara untuk pengsegmenan yang membahagikan bingkai data tersebut kepada segmen-segmen yang lebih kecil.

Gangguan sunting

Penghantaran paket di atas segmen jaringan fizikal yang mana lebih besar daripada MTU segmen tersebut dipanggil jabber. Hampir selalunya, ini disebabkan oleh peranti yang tidak berfungsi dengan betul. Banyak suis rangkaian mempunyai kebolehan terbina dalam untuk mengesan apabila sesuatu peranti sedang mengalami jabber dan menyekatnya sehingga ia kembali kepada pengendalian yang betul.[2]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ a b c d "Struktur IEEE 802.11 Bingkai MAC - Tip Tanpa wayar, Wlan, WiFi, Penatarajahan, dan, Pengoptimunan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-04. Dicapai pada 2009-11-18.
  2. ^ 3Com SuperStack Switch Management Guide

Rujukan sunting

Pautan luar sunting